KUALA LUMPUR: Malaysia semakin hampir menuju ke arah imuniti kelompok dalam menangani pandemik COVID-19 menjelang akhir tahun ini dan ia adalah satu daripada usaha keras Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac tahun lepas.
Kini, terserah kepada kepimpinan baharu negara untuk mencorakkan hala tuju Malaysia terutamanya dalam usaha memerangi COVID-19, selepas figura politik berusia 74 tahun yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu memutuskan untuk melepaskan jawatannya selaku pemimpin utama negara bersama-sama dengan barisan Kabinetnya.
Dalam tempoh 17 bulan pentadbiran Muhyiddin, terdapat sembilan program bantuan dan pakej rangsangan untuk membantu rakyat dan sektor ekonomi, terkesan dengan wabak yang mengancam negara sejak awal tahun lepas.
Inisiatif yang dilaksanakan adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melibatkan peruntukan RM250 bilion (Mac 2020), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) sebanyak RM10 bilion (April 2020).
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion (Jun 2020), Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion (September 2020), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion (Januari 2021), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan RM20 bilion (Mac 2021).
PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion (31 Mei 2021), Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion (28 Jun 2021) dan terakhir inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) bagi menyusun semula peranan dan memperbaharui keupayaan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) Malaysia.
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang memerlukan pendekatan luar biasa, Ahli Parlimen Pagoh itu mengambil tindakan drastik dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, yang ketika itu merekodkan kes baharu sekitar tiga angka.
Tindakan PKP yang dilaksanakan secara berperingkat meliputi PKP Diperketatkan, PKP Bersyarat, PKP Pemulihan disambut baik rakyat. Seruan Muhyiddin untuk terus kekal di rumah dan ayat 'please stay at home'. 'Jangan ke sana, ke sini' turut melekat di minda rakyat bahkan turut diparodikan.
Moratorium penuh, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) iaitu bantuan pemberian tunai secara sekali bayar (one-off) meliputi kumpulan M40, menepati keperluan rakyat yang kemudiannya memberikan gelaran 'Abah' kepada Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, atas keprihatinannya.
Desakan rakyat terhadap pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut dipertimbangkan secara berhati-hati, dengan pertimbangan terhadap simpanan ketika bersara menjadi keutamaan kerajaan, sebelum meluluskannya.
Hasilnya, tiga inisiatif membabitkan KWSP diumumkan Muhyiddin seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, sebagai memenuhi kehendak rakyat, selain bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung mereka, susulan pelaksanaan PKP yang meliputi beberapa fasa, menyebabkan terdapat beberapa sektor terpaksa dihentikan operasi seketika.
Bagi menjayakan dan meyakinkan rakyat tentang keperluan pengambilan vaksin untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, bapa kepada empat cahaya mata itu, turut menjadi antara individu pertama di Malaysia menerima suntikan vaksin pada 23 Feb.
Mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Feb bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik itu, Muhyiddin menyasarkan 80 peratus populasi di negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin secara percuma dan setakat ini RM5 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu.
Setakat ini, program berkenaan telah menunjukkan perkembangan awal positif dengan penurunan bilangan kes kategori tiga hingga lima di enam negeri iaitu Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melebihi 40 peratus.
Usaha kerajaan PN menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) membolehkan kadar pemberian vaksin lengkap di Lembah Klang kini mencapai 64.7 peratus, sekali gus menyumbang kepada penurunan kemasukan pesakit ke wad.
Setakat ini, sebanyak 32.9 peratus atau 10,734,415 populasi negara telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Bagi mengatur strategi peralihan keluar negara daripada krisis kesihatan, pada akhir Julai Muhyiddin memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mengandungi empat fasa pelaksanaannya.
Kini, tujuh negeri berada di Fasa Satu iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah, Johor dan Melaka. Fasa Dua PPN melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah manakala Perlis, Labuan dan Sarawak di Fasa Tiga.
Muhyiddin, yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Perdana Menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad, komited meneruskan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang diperkenalkan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Walaupun bergelut dengan pelbagai cabaran dari segi politik serta ancaman pandemik, Muhyiddin menyifatkan pelantikannya bukan pada masa terbaik dan perlu menghadapi cabaran ekonomi yang terkesan akibat pandemik.
Mengakui bahawa kerajaan pimpinannya tidak sempurna, Muhyiddin tidak mengalah dan menegaskan bahawa kerajaan PN tidak akan berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita serta sentiasa bergerak serta bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021
Mengakui bahawa kerajaan pimpinannya tidak sempurna, Muhyiddin tidak mengalah dan menegaskan bahawa kerajaan PN tidak akan berpeluk tubuh. - Foto fail/REUTERS
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.