MALAYSIA
Usaha kembalikan aset diseleweng dipergiat tahun depan - KP SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu turut bertekad untuk memufliskan pelaku rasuah agar mereka tidak dapat menikmati harta yang dicuri. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperhebat usaha mengembalikan setiap sen aset negara yang diseleweng tahun hadapan selaras dengan strategi meminimumkan ketirisan.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu turut bertekad untuk memufliskan pelaku rasuah agar mereka tidak dapat menikmati harta yang dicuri.
Beliau berkata SPRM akan memberi keutamaan kepada siasatan lebih agresif melibatkan kes berprofil tinggi dan berskala besar bagi memastikan individu mempunyai kedudukan, kuasa atau kekayaan juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
"Masyarakat kini semakin peka dan bijak menilai, sekali gus menuntut pendekatan baharu yang lebih berkesan dalam operasi, pencegahan serta pendidikan antirasuah pada semua peringkat," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di sini hari ini.
Majlis disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hadir sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Azam berkata SPRM perlu mentransformasikan pendekatan usaha membanteras rasuah agar sentiasa relevan selain meningkatkan keupayaan dan kemahiran pegawai melalui penggunaan teknik siasatan moden.
"Kerjasama strategik bersama-sama agensi dalam dan luar negara juga akan terus dipergiat bagi mengesan aset yang hilang atau dicuri," katanya.
Azam berkata di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional, pelbagai pembaharuan undang-undang sedang digerakkan termasuk yang berkaitan perolehan, Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat serta pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Beliau berkata Perjanjian Pendakwaan Tertangguh (DPA) serta pemberian insentif potongan cukai kepada syarikat yang melaksanakan program pencegahan rasuah juga antara pembaharuan penting akan dilakukan tahun hadapan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- SPRM akan memperhebat usaha pulangkan aset negara yang diseleweng serta memufliskan pelaku rasuah.
- Keutamaan diberi kepada siasatan kes berprofil tinggi dan berskala besar bagi keberkesanan undang-undang.
- SPRM perlu transformasi pendekatan membanteras rasuah dengan meningkatkan keupayaan pegawai dan kerjasama strategik dengan agensi dalam dan luar negara.