awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2021
08:21 MYT
Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan vaksin kepada golongan antivaksin namun tiada respon daripada pihak berkenaan. - Gambar fail BERNAMA
BERA: Usaha mengatur pertemuan antara wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan wakil kumpulan antivaksin masih belum berhasil.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan vaksin namun tiada respon daripada pihak berkenaan.
Menurut Dr Noor Azmi, pertemuan itu penting kerana bimbang mereka mendapat maklumat yang tidak benar atau persepsi yang salah.
“Saya bimbang mereka (golongan antivaksin) mendapat maklumat yang salah ataupun persepsi yang salah, tanggapan yang salah… tapi setakat ini tidak ada yang respon dengan saya,” ujar Dr Noor Azmi dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Triang 2 di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas status cadangan dikemukakan dalam sidang Dewan Rakyat pada 17 Oktober lalu agar KKM mengadakan perjumpaan dengan kumpulan antivaksin yang masih dengan pendirian menolak pengambilan vaksin COVID-19.
Selain membabitkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pertemuan itu juga dirancang untuk mengemukakan data klinikal yang sahih berkaitan kajian membabitkan vaksin kepada kumpulan berkenaan.
Sementara itu, mengulas proses suntikan vaksinasi ketika musim tengkujuh yang dijangka melanda Pantai Timur pertengahan bulan depan pula, Dr Noor Azmi berkata, kira-kira 8,000 klinik swasta dan hospital pakar sudah mendaftar untuk mengambil alih program vaksinasi selepas semua PPV ditutup.
Sebelum ini terdapat lebih 2,000 klinik swasta berdaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selain terdapat lebih 8,000 yang meneruskannya.
Tambah Dr Noor Azmi, program suntikan vaksin tidak akan terjejas sekiranya berlaku musim tengkujuh dan kerajaan yakin dapat melengkapkan proses suntikan vaksin untuk remaja pada 21 November ini.
Topic Berkaitan
#program vaksinasi
#antivaksin
#vaksin COVID-19
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan