KUALA LUMPUR : Usaha untuk memastikan dana yang mencukupi menjadi cabaran utama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada ketika ini.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, ia sekali gus menuntut peminjam membuat pembayaran balik demi kelangsungan pelajar untuk melanjutkan atau meneruskan pengajian.
"Cabaran utama ialah untuk memastikan kita mempunyai dana yang mencukupi supaya pelajar sedia ada dapat melanjutkan pelajaran dan meneruskan pengajian.
"Kita telah memberikan penajaan dengan membantu 3.67 juta orang membabitkan perbelanjaan RM66 bilion setiap tahun.
"Sudah tentu kita harapkan pelajar-pelajar dapat terus membantu PTPTN dalam memastikan aliran tunai PTPTN melalui pembayaran balik pinjaman," katanya semasa menjadi tetamu program Agenda AWANI pada Selasa.
Selain itu, cabaran kedua adalah untuk memastikan dana berkenaan dapat diberikan kepada peminjam dalam tempoh yang ditetapkan.
"Keseluruhan peminjam yang kita perlu uruskan setiap tahun adalah kira-kira 600,000 pelajar. Kita buat bayaran kepada pelajar-pelajar ini secara mengikut institusi pengajian tinggi (IPT) dan mengikut semester.
"Sudah tentu ada proses dan sistemnya. Namun walau apa jua cabaran, kita akan memastikan pelajar mendapat bayaran sebagaimana masa ditetapkan dan janjikan," ujarnya.
Beliau dalam masa sama melihat berlaku trend bayaran balik pinjaman susulan kesedaran yang ada pada peminjam pada ketika ini.
"Pada tahun 2020, kita dilanda pandemik COVID-19. Ketika itu, PTPTN memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada 1.5 juta peminjam.
"Kita tangguhkan pembayaran balik sebanyak RM1.3 bilion. Namun, walaupun moratorium, kita masih menerima pinjaman yang dibuat oleh peminjam PTPTN," jelasnya.
Malah, kadar ujrah 1 peratus dikenakan terhadap peminjam disifatkan sebagai paling rendah pernah ditawarkan oleh institusi kewangan.
Dalam pada itu, strategi yang lebih proaktif dalam mendekatkan diri dengan peminjam dilihat berjaya meningkatkan minat mereka untuk menjalankan tanggungjawab membayar balik pinjaman.
Ia termasuk pendekatan pembayaran balik melalui platform JomPay serta tawaran hadiah menarik kepada peminjam yang berjaya melunaskan bayaran pinjaman.
"Kita juga masuk ke universiti untuk memberi penerangan mengenai literasi kewangan, bagaimana nak buat kalau sudah bekerja dan boleh berjumpa dengan PTPTN jika ada permasalahan.
"Kita juga ada Live Chat di sosial media untuk berinteraksi dan aplikasi MyPTPTN untuk melihat baki pinjaman dan sebagainya," jelasnya lagi.
Rahimah Abdullah
Tue Aug 09 2022
Ahmad Dasuki berkata, ketika ini berlaku trend bayaran balik pinjaman susulan kesedaran yang ada pada peminjam. - Gambar Astro AWANI
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.