awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sampaikan kemas kini GSF, pelan damai Gaza 4.30 petang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2025
07:51 MYT
PM sampaikan kemas kini GSF, pelan damai Gaza 4.30 petang hari ini
Rakyat Malaysia dijemput mengikuti siaran tersebut di laman rasmi Facebook Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan langsung mengenai situasi semasa. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas secara langsung pada jam 4.30 petang, Sabtu.
Siaran langsung itu bertujuan untuk memberikan perkembangan terkini berhubung usaha pembebasan wira dan wirawati Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada dalam tahanan Israel.
23 rakyat Malaysia menyertai palayaran kemanusiaan GSF. Manakala sembilan lagi rakyat Malaysia, termasuk wartawan Astro AWANI, Syaff Syukri, menyertai Freedom Flotilla yang masih dalam pelayaran menuju Gaza.
Astro AWANI dimaklumkan, dalam siaran sama, Perdana Menteri akan turut menyentuh mengenai inisiatif Pelan Damai Gaza yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Setakat Sabtu, pelan tersebut disambut baik oleh pihak Hamas dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai langkah untuk menghentikan penderitaan rakyat Gaza yang dibantai rejim Israel.
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#pembebasan aktivis GSF
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan