awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
Serangan AS ke atas Venezuela cetus duluan berbahaya - Ketua PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/04/2024
10:05 MYT
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Anwar berkata, kerajaan komited untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang dipengerusikannya di Putrajaya pada Jumaat.
Anwar berkata, kerajaan komited untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.
Katanya lagi, hasil perbincangan berhubung penstrukturan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang.
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 hari ini bagi membincangkan secara lebih lanjut berhubung struktur gaji penjawat awam. Alhamdulillah, mesyuarat hari ini hampir memuktamadkan pic.twitter.com/RuLn78ynot
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 19, 2024
“Kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab ini mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.
“Insya-Allah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, beliau berharap agar usaha tersebut menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#penjawat awam
#Gaji penjawat awam
#Hari Pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan