MALAYSIA
Usahawan Bumiputera wanita perlu fokus perluas pasaran global - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Bantuan Program Pemerkasaan Wanita MARA Negeri Sabah pada Program Pemerkasaan Wanita dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru usahawan bumiputera, khususnya wanita supaya berani meneroka pasaran antarabangsa melalui produk berjenama Malaysia bagi memperkukuh kedudukan ekonomi negara pada peringkat global.
Ringkasan AI
Beliau berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkenalkan program Gate to Global yang memberikan peluang kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka di luar negara menggunakan jenama tunggal yang diiktiraf di bawah agensi itu.
"Saya telah meminta Pengerusi MARA untuk mempromosikan produk-produk ini dengan satu jenama. Biar produk ini dikeluarkan secara OEM dengan satu jenama supaya pasaran dunia melihat produk itu dari Malaysia.
"Pengeluarnya siapa? Ini puan-puan yang datang dari Sabah. Barulah Sabah mantap," katanya ketika berucap pada Program Pemerkasaan Wanita MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad dan Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan memperuntukkan RM52 bilion tahun depan bagi memperkasakan sektor keusahawanan dengan penyertaan 17 kementerian, termasuk MARA yang akan menerima RM4 bilion dalam Belanjawan 2026.
Beliau berkata tumpuan besar turut diberikan kepada usahawan wanita kerana golongan itu terbukti mempunyai disiplin tinggi dalam menguruskan perniagaan, termasuk dari segi pembayaran balik pinjaman.
"Disebutkan tadi bahawa dari segi pembayaran hutang, wanita ini lebih dipercayai daripada lelaki ... itu sebab Amanah Ikhtiar Malaysia merekodkan non-performing loan (wanita) terlalu kecil, 0.25 peratus sahaja," katanya.
Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa kejayaan sektor bumiputera tidak boleh lagi bergantung pada geran semata-mata, sebaliknya melalui pinjaman dan bimbingan berterusan agar perniagaan dapat berkembang dengan lebih mampan.
Menurut beliau, kerajaan juga menyasarkan sekurang-kurangnya lima peratus daripada usahawan mikro dinaik taraf kepada kategori kecil setiap tahun, manakala lima peratus daripada usahawan kecil pula perlu melonjak ke tahap sederhana dan seterusnya tersenarai di Bursa Malaysia.
Beliau turut menggalakkan usahawan bumiputera agar menumpukan kepada sektor bernilai tinggi termasuk produk halal global yang dijangka mencecah AS$5 trilion menjelang 2030.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa usahawan bumiputera terutama wanita berani menembusi pasaran antarabangsa melalui program Gate to Global MARA.
- Kerajaan memperuntukkan RM52 bilion bagi memperkasakan keusahawanan tahun depan termasuk RM4 bilion untuk MARA dalam Belanjawan 2026.
- Ahmad Zahid menekankan kejayaan usahawan bumiputera perlu dipacu melalui pinjaman, bimbingan dan fokus kepada sektor bernilai tinggi seperti produk halal global.