awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan dan peniaga B40 digalakkan memanfaat inisiatif SPPP - Armizan

Bernama
Bernama
27/08/2023
22:00 MYT
Usahawan dan peniaga B40 digalakkan memanfaat inisiatif SPPP - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Julai 2023 adalah sebanyak 26,410 perniagaan. - Foto Facebook/Armizan Mohd Ali
KUALA LUMPUR: Peniaga dan kumpulan usahawan B40 digalakkan untuk memanfaatkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) ditawarkan kerajaan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Julai 2023 adalah sebanyak 26,410 perniagaan.
"Sementara itu, baki peruntukan geran SPPP sebanyak RM6 juta boleh memanfaatkan lebih 80,000 usahawan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Amrizan berkata SPPP merupakan inisiatif diperkenalkan SSM untuk memberi peluang kepada golongan usahawan kumpulan B40 serta pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa untuk mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 secara percuma.
Selain itu, SSM juga telah menganjurkan dua siri Program Bimbingan Usahawan (PBU) tahun ini, iaitu di Pahang dengan penglibatan lebih 400 orang peserta manakala 1,000 peserta di Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan B40
#Armizan Mohd Ali
#Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma
#SPPP
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan