KAPIT: Usahawan kecil di Sarawak digesa untuk mendaftarkan perniagaan mereka supaya dapat berkembang kepada tahap yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan mereka.
Penasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Datuk Mohd Naroden Majais berkata dengan berbuat demikian, akan membolehkan mereka mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan dan bimbingan dalam perniagaan.
"Anda boleh berniaga di tepi jalan atau dari rumah dan memperoleh pendapatan tetapi perniagaan anda tidak mampu berkembang maju untuk berada di tempat yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan anda," katanya merasmikan Program Jum Regista Bisnes (Regista) di Song semalam.
Beliau mewakili Timbalan Premier yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Naroden berkata sekurang-kurangnya mereka mendaftarkan perniagaan mereka sebagai enterprise di majlis tempatan atau di pejabat daerah.
Beliau turut menasihati usahawan kecil untuk memanfaatkan teknologi maklumat terutamanya media sosial untuk mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka.
"Dengan menggunakan teknologi maklumat, internet dan media sosial, anda boleh mendapat idea baharu untuk perniagaan anda, bertukar-tukar maklumat dan menjual produk ke pasaran yang lebih luas termasuk luar negara," katanya.
Program Regista yang diadakan itu bertujuan membantu para usahawan, peniaga dan penjaja di daerah Song yang tidak memiliki lesen untuk mendaftar dan memiliki lesen perniagaan.
Ia juga untuk memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan memiliki lesen atau permit perniagaan untuk menjalankan perniagaan secara sah, serta membolehkan mereka menikmati bantuan kewangan dan lain-lain bantuan daripada pelbagai agensi keusahawanan jika memiliki lesen perniagaan yang sah.
Program itu telah disertai seramai 200 orang peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Usahawan, peniaga dan penjaja yang tidak memiliki lesen mendaftar perniagaan mereka semasa Program Jum Regista Bisnes di Song, 19 Ogos 2023. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Adakah peniaga IKS Malaysia bersedia memasuki ekonomi digital?
Pandemik COVID-19 ini memberi peluang untuk kita lihat polisi sedia ada dalam ekonomi digital. Ini masa terbaik untuk fikir dan bantu rakyat Malaysia