SHAH ALAM:Seorang usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri serta adiknya ditahan polis dalam serbuan di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu serta adik lelakinya yang juga seorang anggota tentera berusia 25 tahun ditahan sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu bersama bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat 126.85 kilogram dianggarkan bernilai RM5 juta.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan melibatkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang.
“Hasil siasatan, polis (kemudian) telah menahan tiga lelaki (lain) termasuk seorang warga Indonesia yang pasportnya sudah tamat tempoh di lokasi sama.
"Dua lelaki tempatan itu dipercayai anggota sindiket terbabit manakala warga Indonesia itu dikenal pasti memainkan peranan sebagai orang tengah.
"Siasatan lanjut turut mendapati seorang daripada mereka mempunyai 19 rekod jenayah lampau," katanya pada sidang media di IPK Selangor pada Jumaat.
Difahamkan, sindiket itu menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum semua dadah itu dihantar ke negara jiran.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa kenderaan termasuk Ford Mustang, Nissan Almera, Toyota Innova dan Honda HRV.
Sementara itu, Arjunaidi berkata, dadah yang dirampas pihaknya dalam serbuan itu boleh menampung kehendak 253,700 penagih.
Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hilmi Malik
Fri Nov 13 2020

Arjunaidi berkata, serbuan melibatkan pasukan JSJN IPK Selangor bersama IPD Serdang.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat jadi pengimbang tadbir urus negara
Ahlinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat kewujudan jawatankuasa bebas darurat ini sebagai satu kredit yang baik untuk memperkukuh urus tadbir negara.

10 Berita Pilihan - (04 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Sajat
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Muhammad Sajjad didakwa berpakaian seperti wanita ketika Majlis Solat Hajat
Muhammad Sajjad, 35, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Mahkamah tolak tuntutan hadanah bekas suami Datuk Seri Vida
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu tolak permohonan hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas Cik B dan Kacak.

Usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri, adik ditahan terlibat sindiket dadah antarabangsa
Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu serta adik lelakinya yang juga seorang anggota tentera berusia 25 tahun ditahan sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu.

Usahawan kosmetik Alha Alfa sah bercerai
Dugaan, pasti ada hikmahnya.

Kertas siasatan usahawan kosmetik diserah kepada Pendakwa Raya esok
Kertas siasatan berhubung kes usahawan kosmetik yang didakwa memukul anak angkatnya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok bagi proses pendakwaan.

Kes Aliff Syukri: Polis tunggu laporan perubatan mangsa
Polis masih menunggu laporan perubatan daripada hospital berhubung dakwaan kes pukul membabitkan anak angkat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Dakwaan pukul anak angkat, usahawan kosmetik ditahan
Polis telah mengambil keterangan usahawan kosmetik berkenaan berhubung kes itu pada Rabu lepas.

Aliff Shukri disiasat atas tuduhan dera anak angkat
Polis sedang menyiasat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri atas tuduhan mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun.

Sajat tampil mohon maaf
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajat Kamarul Zaman atau Sajat memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.