awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan MKS dinasihat simpan lebih tunai, lebih berjimat untuk depani risiko kegawatan

Israr Khalid
Israr Khalid
28/01/2023
02:15 MYT
Usahawan MKS dinasihat simpan lebih tunai, lebih berjimat untuk depani risiko kegawatan
Perbelanjaan perlu dibuat dengan lebih berhemah kepada benda yang benar-benar perlu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tahun depan ekonomi dijangka gawat, maka para usahawan disaran untuk menyimpan tunai sebanyak yang mampu sebagai sandaran kelangsungan diri dan perusahaan mereka.
Kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Jom Earn Global Sdn Bhd, Eric Lim selain itu perbelanjaan perlu dibuat dengan lebih berkira-kira kepada benda yang benar-benar perlu.
Dalam ruang waktu yang tak menentu sebelum semua barang naik harga, usahawan dinasihatkan untuk membuat pinjaman sementara masih mampu dan tidak terus menunggu dan lihat.
“Ada beberapa perkara yang kita boleh buat, salah satunya adalah dengan membaca berita setiap hari.
“Saya baca ada ahli ekonomi yang positif mengatakan bahawa tak perlu risau kerana tahun depan lebih banyak pelaburan dari luar akan masuk kerana kedudukan kita strategik jadi ekonomi kita 'OK', ada juga yang kata kita akan berdepan impak yang sangat besar daripada krisis ekonomi.
“Jadi saya selalu beritahu rakan dan pekerja untuk bersiap sedia, apa pun kemungkinannya,” katanya dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Seandainya berlaku, golongan paling terkesan antaranya adalah para peniaga dan usahawan mikro, kecil dan sederhana (MKS), maka perlu bertindak segera mempersiapkan diri masing-masing.
Untuk memudahkan urusan para PMKS, Eric dan syarikatnya melaburkan sejumlah besar wang untuk membangunkan sistem yang membantu PMKS mendapatkan geran dan bantuan kewangan untuk menambahbaik kecekapan perusahaan mereka.
“Sistem ini Jika tahun depan terjadi kegawatan, PMKS memerlukan lebih banyak bantuan daripada keadaan sekarang.”
Usahawan MKS dinasihat simpan tunai, lebih berjimat untuk depani risiko kegawatan
Topic Berkaitan
#PMKS
#Dialog Anak Muda
#Eric Lim
#kegawatan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan