KUALA LUMPUR: Kesemua kategori usahawan termasuk pemula yang melalui Kursus Asas Keusahawanan (KAK) yang diadakan sejak 2019 tidak terkecuali menerima bantuan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin, modul KAK dan Kursus Asas Keusahawan Sosial (KAK Se) merupakan persediaan awal melengkapkan diri dengan ilmu sebelum melangkah masuk ke dalam bidang keusahawanan.
Jelasnya, semenjak negara dilanda pandemik COVID-19 pada Mac 2020, ramai yang memilih untuk menceburi bidang keusahawanan, lebih-lebih lagi mereka yang hilang pekerjaan.
"Oleh itu, wajarlah untuk bakal usahawan mendapatkan ilmu asas keusahawanan seperti KAK ini bagi membantu kelangsungan bisnes mereka supaya tidak terencat operasinya.
"Hasil maklum balas status alumni KAK, seramai 197 daripada 535 usahawan telah memulakan perniagaan selepas menyertai program KAK dan KAK Se.
"Para peserta program ini turut menyediakan 1,007 pekerjaan dalam perniagaan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Total Lockdown: INSKEN perkasa e-BizClinic bantu usahawan
BACA: Program Latihan dan Bimbingan Usahawan lepasi sasaran tahunan - INSKEN
Dalam pada itu, kata Muhd Firdaus, modul yang ditawarkan melalui program KAK sangat lengkap dan komprehensif, membolehkan usahawan mendapat gambaran awal operasi perniagaan mereka kelak.
"Antara modul yang disentuh ketika kursus ini adalah pendaftaran bisnes, pengurusan kewangan, jualan dan pemasaran, operasi bisnes dan banyak lagi," tambahnya.
Sementara itu, seorang peserta program KAK Zulia Mahali menjelaskan, dia terkesan apabila Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dilaksanakan, yang memerlukannya mengubah rancangan perniagaan.
"Sebelum ini perniagaan kecil-kecilan saya tidak berdaftar dan saya sangat lemah dalam bidang pemasaran, pengurusan kewangan serta pembangunan produk, sehingga tiada perkembangan yang dapat dilakukan.
"Namun, saya yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku ini, segera mengikuti KAK dan memperbaiki semula model serta operasi perniagaan sejurus tamat menjalani program KAK selama 2 hari," ujarnya.
Selain KAK, Zulia juga menyertai Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) selama empat bulan, berdasarkan industri ditetapkan.
Beliau dibimbing oleh pakar industri melalui program IBBC bagi mencapai KPI yang ditetapkan iaitu minima 20 peratus peningkatan jualan.
Hasilnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualan daripada empat angka kepada lima angka sebulan.
Pada masa sama, tujuh peluang pekerjaan baharu tercipta dan pasaran produknya berkembang lebih meluas apabila beliau berjaya menempatkan produknya di beberapa pasar raya dan pasar mini sekitar Lembah Klang.
Semenjak 2019, INSKEN telah menjalankan 295 KAK dan KAK Se yang telah memberi manfaat kepada 12,265 usahawan.
Astro Awani
Tue Sep 21 2021

Menurut Mohd Firdaus, modul yang ditawarkan melalui program Kursus Asas Keusahawanan sangat lengkap dan komprehensif. - FotoINSKEN

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.
10 Berita Pilihan - (28 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 29 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Masyarakat perlu bersaing dengan kepesatan teknologi - Menteri Sarawak
Masyarakat disaran supaya sentiasa menyaingi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat bagi mengelakkan mereka daripada risiko ancaman siber.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.

KKDW tingkat usaha promosi Tasik Kenyir
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan meningkatkan usaha mempromosikan Tasik Kenyir bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

Forum media ASEAN-China platform penting perkukuh komunikasi serantau - Penganalisis
Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh saluran komunikasi rentas negara.

Nilai bitcoin junam bawah AS$75,0000
Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat.

Ketua WHO beri amaran pandemik lain pasti berlaku
Pandemik lain akan berlaku lambat laun dan ia bukan sekadar "risiko teori" tetapi "kepastian epidemiologi," demikian amaran Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin.

PKS dijangka terkesan akibat tarif timbal balik Trump – Pakar
Langkah Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus ke atas import dari Malaysia dijangka memberi kesan langsung terhadap peningkatan kos input.

Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik berhubung vaksin COVID-19
Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes 'melampaui keraguan munasabah'.