[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Usahawan wanita terkenal akan didakwa Selasa

Sinar Harian 07/11/2022 | 15:56 MYT
Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan kes akan bermula pada jam 9 pagi Selasa. - Gambar hiasan
SEPANG: Seorang ahli perniagaan wanita terkenal akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang.
Ia dipercayai berhubung satu video muzik sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan kes akan bermula pada jam 9 pagi.
Ahli perniagaan berkenaan akan didakwa bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Sebelum ini, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik warga maya selepas ia dianggap seolah-olah tidak menghormati sambutan hari raya. - Sinar Harian
#usahawan wanita terkenal #hantaran sumbang #video muzik #hari raya