MALAYSIA
USANITA rintis fesyen sopan halal, promosi TMM 2026 di negara Islam
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Hasan (kiri) bersama Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Ahmad Amiri Abu Bakar.
ISTANBUL: Menyedari potensi besar fesyen Islamik di peringkat global, USANITA Sdn. Bhd. (USANITA) kini giat meneroka peluang untuk mempromosikan fesyen sopan halal (HMF) di negara-negara Islam yang merangkumi hampir dua bilion penduduk dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Hasan, berkata pasaran seperti Istanbul, Turkiye mempunyai potensi yang amat besar memandangkan umat Islam masa kini bukan sahaja menitikberatkan aspek menutup aurat, malah semakin peka terhadap ketelusan rantaian bekalan termasuk penggunaan bahan mentah yang halal serta amalan kerja yang beretika dan patuh syariah.
“Melalui kajian dan maklum balas yang kami terima, umat Islam di banyak negara kini mahu mengetahui sama ada pakaian yang digunakan diperbuat daripada bahan halal serta tidak melibatkan perkara yang ditegah Islam seperti penindasan dan eksploitasi pekerja,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Ahmad Amiri Abu Bakar. Turut hadir ialah Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Istanbul, Sadat Foster Maad.
Menurut Adzliana, inisiatif HMF itu turut memanfaatkan momentum hubungan dua hala Malaysia–Turkiye yang semakin kukuh susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke negara itu minggu lalu.
Beliau berkata unjuran industri menunjukkan perbelanjaan pengguna Muslim bagi kategori pakaian dan kasut sahaja bernilai AS$327 bilion pada tahun 2023 dan dijangka meningkat kepada AS$433 bilion menjelang 2028.
Mengulas strategi pemasaran HMF, Adzliana berkata jenama fesyen di bawah USANITA, Amber, akan bekerjasama dengan rakan strategik di beberapa negara Islam termasuk Indonesia dan Turkiye menerusi program “Bridge to Brilliance” (BtB).
Menurutnya, platform BtB sesuai untuk mempromosikan konsep HMF menerusi jaringan strategik yang telah dibina di Malaysia (BtB 1.0), Indonesia (BtB 2.0), United Kingdom (BtB 3.0), New Zealand/Australasia (BtB 4.0) dan Turkiye (BtB 5.0).
“Selain fesyen, kami juga membantu rakan niaga di Malaysia dan negara terlibat untuk meneroka kerjasama dalam industri makanan serta produk halal, selari dengan aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab halal utama global,” katanya.
Beliau turut memaklumkan USANITA menggunakan platform BtB 5.0 bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) melalui pelbagai aktiviti penggambaran dan fesyen yang sedang berlangsung, melibatkan lebih 40 artis serta pasukan sokongan dari Malaysia yang dibawa ke Istanbul.
Sementara itu, Ahmad Amiri berkata usahawan Malaysia wajar merebut peluang untuk meneroka pasaran di Istanbul, khususnya dalam sektor fesyen, penginapan dan penyediaan makanan Malaysia.
“Kami menyambut baik inisiatif USANITA untuk meneroka peluang perniagaan di Istanbul dan yakin ia mampu dilaksanakan berikutan hubungan baik antara pemimpin kedua-dua negara serta persepsi positif rakyat Turkiye terhadap Malaysia,” katanya.
Pada 2024, Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Asia Barat dengan jumlah perdagangan bernilai RM24.15 bilion (AS$5.28 bilion). Negara itu juga menjadi destinasi eksport terbesar dan sumber import keempat terbesar Malaysia di rantau berkenaan.
Amiri berkata Turkiye mempunyai potensi besar untuk usahawan Malaysia, selaras dengan keyakinan Perdana Menteri bahawa sasaran baharu perdagangan dua hala Malaysia–Turkiye sebanyak AS$10 bilion boleh dicapai dalam beberapa tahun akan datang. Selain itu, kedua-dua negara turut terikat dengan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang memudahkan akses pasaran dan pelaburan.