Meskipun usianya mencecah 73 tahun, namun kemahiran memanjat pokok buah duku sangat mengagumkan kerana mampu membawa turun antara 100 hingga 150 kilogram buah duku dalam tempoh empat jam setiap hari.
Abdul Jalil Abdullah, bilal masjid di Kampong Banggol Karah dekat Serada di sini berkata beliau memanjat banyak pokok duku di kampung itu setiap tiba musimnya, sejak dia berumur 15 tahun lagi, dan banyak petua yang hendak dikongsinya.
"Buah duku ini sangat sensitif, ia tidak boleh dikait seperti rambutan kerana mudah lerai dan pecah. Waktu memanjat juga tidak boleh di awal pagi atau lewat petang sebaliknya waktu sesuai antara pukul 11 hingga 4 petang sahaja," katanya kepada Bernama hari ini.
"Pada usia pok (pak cik) 73 tahun ini, bukanlah upah memanjat yang dikejar sebaliknya kepuasan memanjat dan memetik sendiri duku yang masak ranum dan manis di atas pokok. Lagipun kesihatan pok masih memuaskan, tidak salah pok meneruskan hobi ini setiap kali musim duku tiba," tambahnya.
Warga emas itu dikatakan pemanjat duku tertua di kawasan itu dan dalam berkongsi rahsianya yang masih cekap memanjat sama seperti orang muda, beliau berkata tubuh badan tidak boleh terlalu besar, malah perlu kekal langsing agar badan lebih seimbang setiap kali memijak dahan pokok duku.
"Alhamdulillah, hampir 60 tahun memanjat pokok duku selama ini, pok tidak pernah terjatuh. Paling penting ialah perlu fokus setiap kali berada di atas pokok dengan niat ikhlas hendak 'mempersembahkan' duku yang manis dan sempurna kepada penggemar buah-buahan ini," katanya.
Upah pemanjat duku bergantung kepada harga semasa namun secara puratanya ialah RM0.50 untuk setiap satu kilogram.
Tinjauan Bernama di musim duku di sini ketika ini mendapati lebih 40 penduduk kampung sekitar Serada menjual sendiri buah duku di depan rumah mereka dengan harga purata RM10 untuk empat kilogram.
Bermula pukul 6.00 petang pula, berpuluh lori milik peraih akan mula masuk ke beberapa pusat pengumpulan duku sekitar Serada untuk diedarkan kepada ejen jualan di Kuantan, Johor, Kuala Lumpur dan Singapura.
Duku Terengganu yang merupakan antara varieti duku langsat yang menjadi kegemaran ramai kerana ia terkenal dengan kemanisan, kenyal, berbiji kecil dan rasa sejuk apabila dimakan.
Mohd Faizal Ali, 42, seorang peraih duku berkata kira-kira 30 penduduk kampung menghantar duku ke pusat pengumpulan di rumahnya setiap hari.
"Ada ketikanya, kami mengumpul sehingga 10 tan duku setiap hari dan pergi menghantarnya sendiri kepada ejen jualan di Kuantan setiap 12 tengah malam.
"Alhamdulillah, musim duku biasanya dapat memberi rezeki kepada ramai penduduk kampung, seperti pemanjat, penjual dan peraih untuk menikmati sedikit hasil daripada buah ini, malah kanak-kanak sekecil 12 tahun juga mampu memperolehi duit poket sendiri yang lumayan jika memiliki kemahiran memanjat pokok duku di musim ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 07 2018

Abdul Jalil memetik buah duku di kebun milik jirannya di Kampung Banggol Karah, dekat Serada, Kuala Terengganu, 2 Okt, 2018. --fotoBERNAMA

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen Chris Pincher. Pincher meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Perang Rusia-Ukraine | Turki mahu tingkat rundingan bersama Rusia, Ukraine
Presiden Turkiye, Recep Taiyyp Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

360,000 PMKS mendapat manfaat jaminan kredit CGC dalam tempoh 50 tahun
36 peratus daripada lebih sejuta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar mendapat manfaat dari jaminan kredit Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) sejak 50 tahun lalu.

Liek Hou rampas semula ranking no. 1 dunia
Liek Hou kini menyasarkan untuk merampas kembali mahkota Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, November ini.

Banjir Baling: AIM serahkan bantuan, laksana moratorium bersasar enam bulan
Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM memberikan moratorium bersasar selama enam bulan kepada Sahabat yang terjejas banjir.

JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.

AWANI Ringkas: Isu ketirisan minyak masak subsidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penemuan empat anak Harimau Malaya beri harapan baharu
Menerusi imej dikongsikan World Wildlife Fund (WWF), tiga ekor anak harimau itu dilihat berjalan di hadapan bersama ibunya manakala seekor lagi berada di bahagian sebelah kanan.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

Usia 73 tahun, tapi hebat memanjat pokok duku bagai tenaga orang muda
Abdul Jalil memanjat banyak pokok duku di kampung itu setiap kali tiba musimnya, sejak dia berumur 15 tahun lagi, dan banyak petua yang hendak dikongsinya.

Atlet paralimpik mampu realisasikan pingat emas di Rio
Atlet paralimpik negara mampu merealisasikan impian pingat emas pertama negara pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.