USIM kurangkan yuran pelajar

Bernama
Julai 15, 2021 20:30 MYT
Pemulangan yuran perkhidmatan dan asrama itu berikutan majoriti pelajar tidak menggunakan kemudahan di kampus bagi semester tahun ini. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengurangkan RM4 juta yuran pengajian susulan majoriti pelajarnya menjalani pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh pandemik COVID-19 pada tahun ini.
Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, pemulangan yuran perkhidmatan dan asrama itu berikutan majoriti pelajar tidak menggunakan kemudahan di kampus bagi semester tahun ini.
"Turut terlibat adalah yuran Majlis Konvokesyen Ke-18 berikutan terdapat pengubahsuaian terhadap pelaksanaan majlis konvokesyen yang hanya dijalankan secara ringkas dan tidak melibatkan banyak kos," menurut kenyataan itu.
USIM berkata pihaknya tidak mengenakan yuran dinyatakan itu bermula semester baharu nanti sekiranya pelajar masih lagi tidak dapat pulang ke kampus untuk mengikuti pembelajaran seperti biasa.
- BERNAMA
#Universiti Sains Islam Malaysia #USIM #yuran #Kurang #pembelajaran dalam talian #COVID-19