MALAYSIA
USJT Bukit Aman ambil alih siasatan kes kematian pelatih PALAPES
Kumar berkata, bagi tujuan penyelarasan tindakan, siasatan kes akan diambil alih sepenuh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) bahagian D5, Bukit Aman berkuat kuasa pada Selasa. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan komitmen sepenuhnya mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menggali semula jasad pelatih PALAPES, Syamsul Haris Shamsudin yang meninggal dunia pada 28 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, bagi tujuan penyelarasan tindakan, siasatan kes akan diambil alih sepenuh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) bahagian D5, Bukit Aman berkuat kuasa pada Selasa.
"PDRM juga memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan berintegriti berlandaskan undang-undang bagi memastikan keadilan ditegakkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam membenarkan permohonan keluarga Syamsul Haris untuk menggali semula jasad beliau bagi tujuan bedah siasat kedua.
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan yang difailkan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, melalui peguam Tetuan Naran Singh & Co .
Perintah mahkamah menetapkan jasad Syamsul Haris, yang meninggal dunia pada 28 Julai lalu, digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor, sebelum dibedah siasat semula oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur.
Proses itu turut disaksikan pakar forensik Datuk Seri Bhupinder Singh dan peguam keluarga.
Laporan bedah siasat baharu perlu dikeluarkan dalam tempoh munasabah dan salinan diserahkan kepada pihak peguam keluarga.