NATIONAL
Ustaz Firdaus Firabib tawar RM3,000 jejak Toyota Alphard dicuri
Kenderaan tersebut diparkir dalam keadaan berkunci pada malam Jumaat dan disedari hilang pada tengah hari Sabtu. - Foto Mohd Firdaus
SUNGAI PETANI: Mana-mana individu yang menjumpai kenderaan mewah jenis Toyota Alphard yang hilang semasa diparkir di sebuah hotel di Sungai Senam, Ipoh, Perak akan diberi ganjaran berjumlah RM3,000.
Ringkasan AI
Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd, Mohd Firdaus Mat Akhir berkata, saguhati sebanyak RM3,000 akan diberikan sekiranya kenderaan tersebut ditemui semula.
Beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Firdaus Firabib berkata, sebanyak RM1,000 lagi akan diberikan sekiranya dron dan kamera DSLR beserta lensa yang turut berada dalam kereta tersebut dipulangkan dengan selamat.
“Saya hanya menyedari kehilangan pada jam 12 tengah hari Sabtu ketika mahu menggunakan kenderaan tersebut setelah diparkir pada jam 11.30 malam hari sebelumnya,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Masjid Al-Busyra, Merbok dan pernah difitnah menyeleweng wang infak menjelaskan, kehadirannya ke negeri itu adalah bagi tujuan mempromosikan perniagaan miliknya, Nasi Kabsah bersama Tehyeish bermula 15 hingga 18 Mei di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.
“Sebelum itu, Toyota Alphard warna putih bernombor pendaftaran VM7515 telah diletakkan di parkir hotel tempat kami menginap dalam keadaan berkunci baik.
“Bagaimanapun, semakan kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kenderaan itu bergerak keluar dari pekarangan hotel pada jam 5.25 pagi Sabtu,” jelasnya.
Menceritakan mengenai perniagaan yang dijalankan, beliau bagaimanapun bersyukur kerana sejak hari pertama jelajah masjid, sambutan yang diterima daripada penduduk Ipoh dan sekitarnya amat memberangsangkan.
“Kehadiran kami disambut baik Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim yang sudi menyantuni kami.
“Kami juga sangat berbesar hati apabila Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli dan menyantap hidangan yang kami sediakan,” jelasnya.
Menurut Mohd Firdaus, musibah yang menimpa bagaimanapun tidak menghalang jelajah diteruskan pada hari terakhir, Ahad.
“Saya reda dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard yang dilaporkan dicuri di parkir sebuah hotel di Sungai Senam dilihat keluar melalui pintu sisi tempat penginapan tersebut awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan itu diperoleh hasil siasatan awal dan rakaman CCTV.
Menurutnya, polis memandang serius kejadian tersebut dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fatin Nur Nazihah Zainuddin di talian 019-636 3536 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Individu yang menjumpai Toyota Alphard putih bernombor pendaftaran VM7515 yang hilang di sebuah hotel di Ipoh akan menerima ganjaran RM3,000. Tambahan RM1,000 akan diberikan jika dron dan kamera DSLR dalam kenderaan itu turut dipulangkan.
- Kenderaan tersebut diparkir dalam keadaan berkunci pada malam Jumaat dan disedari hilang pada tengah hari Sabtu. Rakaman CCTV menunjukkan ia keluar dari kawasan hotel pada jam 5.25 pagi.
- Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Pemilik kenderaan, Mohd Firdaus, tetap meneruskan program promosi perniagaannya di Ipoh walaupun berdepan musibah ini.