Seorang lelaki digelar 'Ustaz Kasanova' yang diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah di sini terhadap enam pertuduhan berhubung setubuh luar nikah dan poligami tanpa kebenaran melibatkan empat wanita.
Di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Nassir Abdul Ghani, tertuduh, Mohd Razis Ismail, 34, dituduh melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita berumur 40 tahun.
Selepas mendengar hujahan pendakwaan dan mitigasi tertuduh yang tidak diwakili peguam itu, mahkamah menetapkan 7 Mac depan untuk menjatuhkan hukuman bagi membolehkan mahkamah meneliti segala dokumen.
Mohd Razis didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap wanita itu sehingga melahirkan anak.
Kesalahan dilakukan di sebuah hotel di sini antara Mac hingga Mei 2012 mengikut Seksyen 23(1) Akta
Mohd Razis yang berbaju lokap berwarna kelabu, kelihatan tenang di kandang tertuduh dan mengangguk berkata: "Saya faham dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut".
Tidak sah
Mengikut fakta kes, hasil siasatan Jawi mendapati wanita itu telah memfailkan pengesahan pernikahan, tetapi pada 28 Jun 2011, Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan pernikahan antara mereka adalah tidak sah.
Mahkamah turut memerintahkan mereka dipisahkan selain wanita itu juga dihukum penjara selama tiga bulan dan disebat enam kali, namun selepas itu mereka masih tidak mematuhi undang-undang tersebut dan melakukan kesalahan sama sehingga melahirkan anak.
Terdahulu, Pendakwa Syarie Kanan Zainor Rashid Hassin menawarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin yang berkelulusan pengurusan dan profesional selain melaporkan diri di Jawi dua hari sekali.
Dalam rayuannya, Mohd Razis memohon kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman denda atas alasan dia hanya penjual penapis air kesihatan dan berpendapatan RM1,000 sebulan selain perlu menyara lapan anak yang masih kecil.
Hakim Nassir membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin serta melaporkan diri di Jawi dua hari sekali.
Tiga wanita
Di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Mohd Saifullah Hamzah pula, Mohd Razis mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita lain berumur 24, 35, dan 30 tahun dan dua pertuduhan lain.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tiga lokasi di Kedah; Golok, Thailand dan di sebuah rumah flat di Jalan Loke Yew, di sini, antara 4 April 2010 dan 26 Ogos 2012.
Kesalahan itu mengikut Seksyen 133 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagi dua pertuduhan lagi dia didakwa bernikah dengan wanita berumur 24 dan 40 tahun itu tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah mengikut Seksyen 40(2) akta yang sama, pada 4 April 2010 dan 26 Mei 2012.
Mengikut fakta kes, Mohd Razis didapati menggunakan alamat tempat tinggal palsu selain menyembunyikan status perkahwinan dengan menyatakan dia masih bujang untuk mengaburi mangsa.
Alamat asal tempat tinggalnya ialah Bangsar.
Hakim Mohd Saifullah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah jaminan yang sama dan menetapkan tarikh yang sama iaitu 7 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman.
Bernama
Mon Feb 29 2016
Mohd Razis (gambar) mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah di sini terhadap enam pertuduhan. - Gambar fail
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - "Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”
Pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya bersama rakan artis, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium
Jawi mengesahkan tangkapan pasangan dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota pada malam Jumaat.
Pengurusan tandas terbaik: JAWI, MAIWP beri insentif RM120,000 untuk masjid, surau
Insentif itu akan diberikan setelah penilaian berkala dibuat dalam tempoh enam bulan secara konsisten.
JAWI komited laksana program bimbingan al-Quran, fardu ain kepada OKU
JAWI komited melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat Islam menerusi program pengukuhan dan kefahaman Islam serta kebajikan.
JAWI gesa masjid di KL, Putrajaya, Labuan laksana Qunut Nazilah bermula hari ini
JAWI menggesa pihak masjid, surau Jumaat, dan seluruh surau Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan Qunut Nazilah pada setiap waktu solat Fardu bermula hari ini
JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.
Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.
Qazaf: NGO Islam minta JAWI siasat Radzi, Mubin sebut perkataan jelik terhadap Anwar
Dua NGO Islam meminta JAWI menyiasat tindakan Radzi dan seorang lagi yang didakwa menyebut perkataan jelik terhadap Anwar yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.
Video tular isu bacaan doa: JAWI jalankan siasatan lanjut
JAWI akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki beragama Islam yang mengimami bacaan doa di sebuah majlis disertai upacara keagamaan lain.