"KALAU ada kata ini propa untuk filem saya, tak! Orang dah tahu cerita saya sakit sejak berpuluh tahun dulu," demikian kata-kata pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mengulas mengenai keadaan kesihatannya ketika tampil di rancangan bual bicara MeleTOP pada Selasa.
Tambah Ustaz Kazim, beliau tidak perlu sebarang gimik atau penipuan untuk melariskan produk yang berkaitan sebaliknya apa yang dikongsikan kepada umum selama ini adalah kebenaran.
"Saya baru habis penggambaran sebuah filem dan ia mengambil aspirasi daripada kisah hidup saya yang mana saya dilanda pelbagai masalah dan penyakit sejak tahun 1997.
"Salah satunya adalah masalah berkaitan kulit saya yang selama ini saya rahsiakan kepada orang ramai.
"Apabila sampai babak itu, make up artist solekkan bahagian tangan saya, memang tangan saya tak ada apa-apa.
"Ramai orang jumpa saya nak tengok tangan… mana ada. Tangan saya okey. Cuma yang berlaku (masalah kulit) itu di tempat lain (sambil pegang paha). Takkan saya nak tunjukkan tempat itu. Ia benda yang aib untuk saya.
"Jadi saya letakkan pada tangan. Kapsyen pun saya tak katakan keadaan tangan saya sekarang. Saya kata kepada sesiapa yang boleh tolong saya, rawatlah saya. Tapi itu memang yang terjadi sebenarnya keadaan saya selama ini," ujarnya.
Tambah Ustaz Kazim, ada beberapa hal yang terpaksa diselindungkan daripada pandangan publik bagi mengelakkan dirinya dianggap meraih simpati.
"Tapi saya nak tunjukkan kepada orang ramai walaupun saya sakit, tak sihat saya tetap nak berdakwah. Saya tak boleh mengalah.
"Kadang-kadang bila saya sakit, saya bangun buat kerja orang tanya balik 'kata sakit?'. Takkan kalau sakit saya perlu baring duduk? Macam mana saya nak jaga sekolah saya, warga emas kalau saya terlantar?
"Jadi saya kena bangun, buat kerja. Bila saya sibuk, sekurang-kurangnya saya lupa sakit saya," tambahnya.
Foundation tebal tutup aib
Dalam wawancara bersama Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu juga, Ustaz Kazim tampil menjelaskan, beliau terpaksa memakai solekan tebal demi menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba.
Malah, secara eksklusif Ustaz Kazim turut memadamkan solekannya demi membuktikan masalah kulit pada wajah dan bengkak pada telinga kirinya adalah benar.
"Saya tak boleh tidur bertahun dah. Saya hanya boleh tidur dalam kereta, ketika PKP (perintah kawalan pergerakan) saya nak tidur mana sebab tak boleh jalan?
"Tapi paginya saya perlu bekerja. Tapi Alhamdulillah Allah tak bagi saya letih, tak penat.
"Orang kata sihat, segak. Tengok kesannya, betis dan paha saya macam budak sekolah.
"Sekarang bila nak keluar rumah saya terpaksa pakai foundation, solek tebal nak tutup muka saya. Menyebabkan saya stress.
"Saya dah pakai face mask bertahun, sebab nak cover muka saya. Kadang-kadang pakai serban tutup muka nampak mata je sebab tak larat nak solek. Lama-lama jadikan saya malu nak jumpa orang.
"Kemudian saya berubat, jumpa pakar dan pengamal perubatan tapi Allah belum izinkan.
"Sebab itu saya kata tolong bantu saya. Lima pembedahan saya dah buat, empat MRI dah buat untuk semak penyakit saya. Saya tak perlukan simpati, ia tak dapat membantu saya pun," katanya yang turut menunjukkan bahagian betis kakinya yang lebam-lebam.
Bengkak, kulit berdarah
Kongsi beliau lagi, keadaan bengkak di telinganya tidak dapat dipastikan punca dan jenis penyakit namun keadaan sama pernah berlaku di bahagian kakinya yang apabila diusik akan menyebabkan kecederaan lagi parah.
"Tiba-tiba saja naik, pengamal perubatan tak tahu. Katanya normal. Saya tak berani usik, sebab pernah naik di kaki, bila usik rosak. Saya tak nak usik takut jejaskan muka saya.
"Di muka pula, ia hanya akan ada satu garisan dan keluar darah. Tiba-tiba je, saya tak usik tak garu, tak gatal. Sembilan doktor kata bukan ekzema, katanya ini normal untuk orang tua walhal umur saya tak sampai 50 tahun lagi.
"Di peha dan perut pun ada kesan yang sama seperti di kaki. Itu tak perlu marketing. Nama saya tak perlu marketing. Sewaktu berlakon saya banyak sorok dari kru filem, sampai tahap nak tunjukkan kulit, saya perlu tunjuk," dedahnya.
Tak boleh kencing
Dalam pada itu, Ustaz Kazim mendedahkan dirinya pernah berdepan detik perit apabila tidak dapat kencing selama sebulan.
"Bila saya tak boleh buang air kecil sebulan. Saya menggelupur sakit. Doktor tebuk pinggang saya, untuk keluarkan air kencing. Tapi saya teruskan berdakwah.
"Bila buat pembedahan, doktor dapati ada satu benda putih sangkut di saluran air kencing saya.
"Doktor cadangkan tarik keluar melalui saliran kencing. Selepas dua hari, doktor bagi penerangan, masa nak tarik benda itu makin lari makin ke atas dan hilang. Allahualam," ujarnya.
Selain itu, beliau turut berkongsi amalan setiap hari yang dilakukan untuk melindungi diri daripada disihir.
"Selepas sembahyang, saya tak pernah tinggal ayat Kursi dan surah Hud ayat 56 di samping saya buat amalan mandian saya. Itu banyak bantu saya untuk bertahan.
"Benda paling menakjubkan waktu Maghrib, selepas keluar hospital. Saya mandi air ramuan saya buat tadi keluar jarum dari perut saya. Saya simpan sampai sekarang. Tapi orang tak percaya, itulah sihir. Benda yang menyalahi adat dan kebiasaan kita.
"Cita-cita saya nak mati dalam dakwah, kalau sakit saya sebab saya mati, saya reda," katanya.
Gempak
Wed May 25 2022

Secara eksklusif Ustaz Kazim memadamkan solekannya dalam program MeleTOP demi membuktikan masalah kulit pada wajah dan bengkak pada telinga kirinya adalah benar.

Geran Tahunan | RM4 juta untuk MUTC, laksana program kesedaran & latihan
Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan empat juta ringgit kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.

Danial Zaini sah bergelar suami kepada Yasmine, beri wang hantaran RM17,777.77
Dalam majlis yang cukup indah itu, turut diberi kejutan dengan pelancaran lagu terbaharu Danial Zaini yang bertajuk -HATI- yang ditulis khas oleh Danial sendiri.
![[TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) [TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976231/thumbnails/20519348501656733233276_640x360.jpg)
[TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Auditorium Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya. #AWANInews #MalaysiaSihat

'Tak sabar balik Malaysia bawa baby' - Raja Ilya selamat bersalin anak sulung
Raja Ilya menyifatkan pengalaman baharu yang dilaluinya itu satu rahmat dan memberi makna yang tersendiri dalam hidupnya.

AS umum bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai US$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa

Dua nelayan warga Thailand cedera bergaduh atas bot ditahan
Dua nelayan warga Thailand cedera bergaduh atas bot ditahan

GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC sebagai Ahli Lembaga Pengarah - PM Ismail Sabri
Langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

3 maut, 19 cedera gempa bumi kuat gegar selatan Iran
Gempa direkodkan pada 21:32 GMT, Jumaat, 61 kilometer timur laut bandar pelabuhan Bandar Lengeh.

AWANI Ringkas: Subsidi ke atas barangan akan kekal

KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias
Pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan telah bertemunya pada Rabu dan beliau dijadual bertemu pakar patologi kulit pada Khamis.

Ustaz Kazim dedah sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut ketika mandi
Ustaz Kazim tegaskan sudah bertahun beliau rahsiakan penderitaan sakit kulit yang dialaminya.

'Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa' - Ustaz Kazim
Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID-19.

Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu
Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu hingga kini.

Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias
Melalui muat naik di laman sosial Instagram beliau, Ustaz Kazim berkata dua platform itu telah membawa mesej dakwah beliau serata negara.

Ustaz Kazim hanya dapat tidur di R&R lebuh raya kerana stres melampau
Pendakwah bebas Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias mengakui tekanan melampau dialaminya menyebabkan beliau sukar untuk lena sehingga terpaksa tidur di R&R lebuh raya.

Henti viral khabar tidak benar tentang kesihatan Ustaz Kazim
Keluarga Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias meminta agar semua pihak menghentikan perbuatan menyebarkan berita tidak benar mengenai keadaan kesihatan penceramah bebas itu.

Ustaz Kazim tidak sangka alami masalah jantung, akui amal kehidupan sihat
Penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias tidak menyangka langsung mengalami masalah jantung kerana beliau sentiasa mengamalkan cara hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan bersenam.

Ustaz Kazim stabil selepas jalani rawatan angiogram kedua di KPJ Ipoh
Pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias kini berada dalam keadaan stabil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Ipoh selepas menjalani rawatan angiogram kedua pada Rabu.

"Kalau tak mampu jadi baik, jangan halang orang lain jadi baik,' tegur Kazim Elias
Mohd Kazim menegur Menteri berkenaan agar tidak mencampur-adukkan hukum Islam dengan pendapat peribadi.