awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Kazim mungkin kena ekzema - Pakar kulit

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2022
03:20 MYT
Ustaz Kazim mungkin kena ekzema - Pakar kulit
Ustaz Kazim berkongsi penderitaan dialami beliau sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka. -Facebook Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias
SHAH ALAM: Pakar kulit berpendapat penyakit yang dihadapi pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mungkin ekzema.
Bagaimanapun, pakar kulit dari Klinik Kulit Kuala Lumpur, Datuk Dr Low Bin Tick menyarankan supaya pendakwah itu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kulit berhampiran.
Menurutnya, penyakit tersebut bermula daripada alahan biasa yang akhirnya menyebabkan luka dan ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam.
“Ini bermula dengan alahan kemudian garu sehingga pecah dan menyebabkan kuman dari kuku masuk dalam daging kulit yang pecah itu.
“Sebab itu ketulan kuning dan hitam itu adalah nanah daripada jangkitan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Pada Khamis, Ustaz Kazim berkongsi penderitaan dialami beliau sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka.
Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, Dr Low berkata, penyakit tersebut ada rawatan yang dikhususkan supaya cepat pulih.
Bagaimanapun, beliau yang juga ahli Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM) berkata, ia memakan masa dalam dua hingga tiga kali perjumpaan untuk pulih.
“Ubat pertama adalah untuk mematikan kuman dahulu kemudian, sapu krim antibiotik selalu untuk hilangkan nanah itu.
“Kemudian kita juga sediakan ubat antibiotik makan dan vitamin C untuk bagi dalaman kita kuat.
“Jadi, jangan risau. Penyakit ini ada ubatnya tetapi ia memakan masa sedikit,” ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Kazim Elias
#Low Bin Tick
#ekzema
#Klinik Kulit Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan