MALAYSIA
Ustaz Mad Kecik pernah beritahu mahu syahid di Gaza – Ibu
Nooraini menunjukkan video anaknya, Muhammad yang menyertai misi kemanusiaan GSF ketika ditemui di Masjid Kampung Dura, Hulu Terengganu.
HULU TERENGGANU: "Dia pernah beritahu cita-citanya nak syahid di Gaza tetapi sebagai ibu, saya tetap berdoa agar dia pulang dengan selamat."
Itu luahan Nooraini Mamat, 59, ibu kepada aktivis kemanusiaan, Muhammad Abdullah, 35 atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik yang kini dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) ketika menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Noraini berkata, sebelum berangkat menyertai misi tersebut, anak keempat daripada enam beradik itu ada meluahkan impiannya untuk berjuang membantu rakyat Gaza dan tidak menolak kemungkinan syahid di bumi bergolak itu.
"Sejak hari pertama dia berangkat, saya siang malam berdoa minta ALLAH selamatkan dia.
"Ustaz Mad ni dia berjiwa besar, kalau dia mahukan sesuatu, insya-ALLAH dia akan diusahakan sampai jadi.
"Apa-apa yang dia nak buat dia juga tak pernah lupa beritahu saya termasuk ingin sampaikan ceramah di mana-mana tempat," katanya.
Nooraini mengakui reda atas sebarang kemungkinan dan setiap hari mendoakan keselamatan anaknya, Muhammad yang menyertai misi kemanusiaan GSF.

Beliau berkata, hampir setiap hari mereka berdua berhubung sejak anaknya menyertai misi tersebut.
"Kali terakhir kami berhubung pagi tadi (Khamis) menerusi WhatsApp. Dia kirim mesej minta saya doakan keselamatannya sebab katanya doa ibu mustajab," kongsi Nooraini ketika ditemui di Masjid Kampung Dura, di sini, pada Khamis.
Noraini berkata, anaknya yang kali pertama berlepas ke Gaza melalui NGO Iman Care sebelum ini telah terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan termasuk ke Syria, Sabah dan Kemboja.
"Dia memang suka membantu orang susah. Kalau boleh, saya mahu dia selamat pulang, tapi kalau ditakdirkan syahid, saya reda.
"Cuma harapan saya, dia sempat hantar bantuan makanan kepada rakyat Gaza dan kembali semula ke tanah air," ujarnya.
Terdahulu, akaun rasmi Sumud Nusantara Official mengesahkan penahanan beberapa aktivis Malaysia termasuk Muhammad, yang juga Pengasas Madrasah Darul Zahraa Wal Tahfizil Quran, di sini.
Turut ditahan ialah aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) serta pelakon dan aktivis, Ardell Aryana.
Melalui satu rakaman video, Ardell sempat merayu agar kerajaan segera menggerakkan usaha menyelamat semua aktivis terbabit.
Misi GSF disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara termasuk Malaysia, sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. - Sinar Harian