GEORGE TOWN: Satu usul pengosongan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang dijadual pada 6 Mac, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata usul itu akan dibentangkan untuk pengosongan kerusi DUN Sungai Acheh, Seberang Jaya, Bertam dan Telok Bahang.
"Satu usul akan dibentangkan dengan tujuan pengosongan empat kerusi DUN, ekoran daripada keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kesahihan perkara-perkara dalam perlembagaan negeri, yang melarang Ahli-Ahli DUN yang dipilih keluar daripada parti seperti mana yang ditetapkan dalam perlembagaan negeri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada 2020, ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim, Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang), telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya, bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.
Namun pada 16 Dis 2022, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan empat ADUN Pulau Pinang itu, untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar DUN berkenaan daripada meluluskan usul undang-undang antilompat parti.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Sebelum ini, Chow yang juga ADUN Padang Kota berkata DUN Pulau Pinang perlu bersidang buat kali terakhir sebelum dibubarkan untuk beri laluan kepada Pilihan Raya Negeri kerana perlembagaan negeri menetapkan DUN Pulau Pinang perlu bersidang dalam tempoh tidak lebih enam bulan selepas ia dibubarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Kon Yeow berkata usul itu akan dibentangkan untuk pengosongan kerusi DUN Sungai Acheh, Seberang Jaya, Bertam dan Telok Bahang. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Usul kosongkan empat kerusi DUN Pulau Pinang dibentang 6 Mac
Satu usul pengosongan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang dijadual pada 6 Mac.