awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul tergempar pencemaran Sungai Kim Kim dibahas petang ini

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/03/2019
05:57 MYT
Usul tergempar pencemaran Sungai Kim Kim dibahas petang ini
Menurut Hassan, bahan-bahan kimia toksik itu kini disebarkan melalui udara dan tersebar luas dibawa angin. Penduduk-penduduk menjadi cemas dan bimbang.' - Gambar fail
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof meluluskan supaya usul tergempar berkenaan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dibahaskan di Dewan Rakyat.
Menerusi Peraturan Mesyuarat 18(1), Mohamad Ariff berkata usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memenuhi tiga syarat yang ditetapkan.
“Sayarat yang pertama adalah perkara itu tertentu. Syarat yang kedua adalah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah ia berkehendak disegerakan.
“Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa tertentu, ini adalah perkara yang tertentu.
“Kepentingan orang ramai, ia adalah bagi kepentingan orang ramai berkehendak disegerakan, perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan.
“Usul ini akan dibahaskan pada jam 4.30 petang hari ini, saya akan membenar usul ini dibahas selama 60 minit,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim membacakan usul dibawah Peraturan Mesyuarat 18(2) supaya Kerajaan Persekutuan harus mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran kimia toksik.
“Kehidupan beratus ribu orang penduduk di Pasir Gudang kini terdedah kepada pencemaran kimia toksik berbahaya yang bermula akibat pembuangan kimia secara haram di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang mengalir sepanjang 1.5 kilometer.
“Bahan-bahan kimia toksik itu kini disebarkan melalui udara dan tersebar luas dibawa angin. Penduduk-penduduk menjadi cemas dan bimbang.
“Dewan Rakyat perlu membahas bencana pencemaran kimia toksik ini untuk kepentingan dan hak penduduk-penduduk Pasir Gudang supaya kesihatan dan nyawa mereka terjamin,” memetik usul yang dibacakan beliau.
Topic Berkaitan
#Bencana Kim Kim
#Dewan Rakyat
#Gas Metana
#gas methane
#Hazmat
#Malaysia Baharu
#Mohamad Ariff Md Yusof
#Parlimen
#pencemaran air
#pencemaran bahan kimia
#pencemaran udara
#racun
#rakyat
#Sungai Kim Kim
#toksik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan