Usul had umur layak mengundi daripada 21 tahun direndahkan kepada 18 tahun akan dibawa ke Kabinet dan Parlimen tidak lama lagi, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq yang bertekad untuk memastikan perkara itu menjadi kenyataan, berkata beliau bertemu dengan Peguam Negara Tommy Thomas hari ini bagi membincangkan antaranya pindaan undang-undang yang perlu bagi tujuan tersebut.
"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya bertanggungjawab untuk berjuang bagi pemerkasaan belia. Kami berbincang tentang meminda undang-undang sedia ada untuk merendahkan usia layak mengundi kepada 18 tahun seperti yang diamalkan di seluruh dunia.
"Ini bermakna suara belia akan bertambah lantang dan kuat," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurut Anggota Parlimen Muar itu pindaan sedemikian akan memberikan peranan yang lebih penting kepada belia dalam proses membina negara.
Beliau berkata berbeza dengan negara seperti Filipina, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis yang mengiktiraf intelek dan kematangan golongan berusia 18 tahun mereka, ada rakyat Malaysia yang menggelar mereka 'bodoh' atau 'tidak matang'.
"Ahli politik daripada semua pihak harus berjuang untuk kepentingan orang muda dan tidak boleh mengabaikan mereka. Ini bermakna kita mesti didik belia kita dengan lebih baik agar mereka boleh menjadi pengundi yang terdidik.
"Sudah tiba masanya untuk kita mengubah perkara ini. Saya mahu mereka menjadi sebahagian daripada proses pembinaan negara. Ini adalah Malaysia kita, bersama, selamanya," katanya.
Usul itu merupakan antara janji dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 24 2018
Syed Saddiq berkata beliau bertemu dengan Peguam Negara Tommy Thomas hari ini bagi membincangkan antaranya pindaan undang-undang yang perlu bagi tujuan tersebut. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.
63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke
Hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.