KOTA KINABALU: Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, di peringkat awal lagi, parti itu sudah menyatakan sokongan kepada Anwar memimpin Kerajaan Perpaduan.
"Mengenai usul undi percaya kepada Perdana Menteri, saya yakin Anwar akan dapat mandat yang cukup untuk membolehkannya memimpin negara ini.
"Dari segi Warisan, kita dari awal lagi menjelaskan pendirian menyokong Kerajaan Perpaduan demi menyatupadukan masyarakat," katanya ketika diminta mengulas mengenai usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat Isnin depan.
Malah, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, beliau akan menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH) pada esok (Jumaat) bersama-sama dengan parti atau gabungan lain sebagai langkah mengukuhkan kedudukan kerajaan Pusat.
"Kita akan menandatangani perjanjian di antara kerajaan Pakatan Harapan sekali dengan badan-badan lain dan Insyaallah saya kena hadir pada esok petang jam 3.00 petang,"katanya.
Selain itu, Mohd Shafie ketidaktentuan politik di Sabah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan politik di peringkat Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau melihat kestabilan politik Pusat perlu bagi memacu kepada kestabilan negara.
"Kena berperingkat, selesaikan dahulu masalah di persekutuan dan ini yang penting kepada kita sebab di situ (Persekutuan) adalah nadi," katanya.
Abdul Hafiz Mustadi
Thu Dec 15 2022
Warisan yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat pada Isnin.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Semua pihak perlu bergerak ke hadapan, fokus pembangunan negara - Zahid
Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diluluskan Dewan Rakyat merupakan manifestasi buat semua pihak untuk bergerak ke hadapan.
Usul percaya kepada Perdana Menteri dibahas
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini akan dibahaskan.
Usul undi percaya, pelantikan Speaker tumpuan hari pertama persidangan Dewan Rakyat
Pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai PM10 terkandung pada nombor lapan Aturan Urusan Mesyuarat.
Usul undi percaya: Warisan yakin Anwar dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat
Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini.
Hormati keputusan Anwar usul undi percaya - Azalina
Azalina berkata tindakan sedemikian menunjukkan Anwar adalah seorang yang berani.
Undi percaya PM Anwar wajar, muktamadkan keabsahan - Amiruddin
Amirudin berkata, usul undi percaya itu adalah wajar bagi memastikan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan.
PM ke-10: Parlimen bersidang 19 Dis, undi percaya jadi usul pertama - Anwar
Undi percaya akan menjadi usul pertama yang akan dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan pada 19 Disember depan.
"Tak perlu usul undi percaya PM" - Naib Presiden Pas
Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tidak perlu dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kelak.
Undi Percaya: Kenyataan Peguam Negara bercanggah titah Agong - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak menggunakan nasihat Peguam Negara sekiranya tidak mahu mengikuti jejak langkah Muhyiddin Yassin.
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri masih perlu dilakukan - Hanipa
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat masih perlu dilakukan walaupun Datuk Seri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu.