awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utamakan COVID-19 sebelum KSCIP - Hishammuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
13/03/2020
05:18 MYT
Utamakan COVID-19 sebelum KSCIP - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: 'Saya percaya bahawa apa juga keputusan yang dibuat, ia mesti bersandarkan kepada kepentingan negara kita sendiri.' - Gambar fail
Kerajaan melihat kepentingan isu COVID-19 sebelum sebarang perbincangan meneruskan semula pembukaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang perubahan keputusan mengenai KSCIP yang ditutup sebelum ini akan melalui perbincangan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya harap bahawa kalau hubungan kita dah balik pada landasan yang betul. Ia akan dibincangkan di peringkat lebih tinggi, iaitu di peringkat perdana menteri sendiri.
"Saya percaya bahawa apa juga keputusan yang dibuat, ia mesti bersandarkan kepada kepentingan negara kita sendiri.
"Kalau ia baik, pada masa ketika itu isu keganasan, ada keutamaan untuk pusat itu, tetapi keutamaan sekarang bukan pengganas, tetapi virus, yang kita tidak dapat lihat," katanya semasa sidang media perkembangan rakyat Malaysia di luar negara yang dijangkiti COVID-19 di sini, pada Jumaat.
BACA: Penutupan KSCIP jejas hubungan Malaysia-Saudi - Asyraf Wajdi
KSCIP ialah sebuah institusi anti-keganasan yang dicadangkan penubuhannya selepas lawatan Raja Saudi, Salman Abdul Aziz ke Malaysia pada 2017 menggunakan pendekatan akademik dan beroperasi hampir sama dengan Pusat Global Bagi Memerangi Ideologi Ekstremis (GCCEI) di Mu'tamarat, Nasiriyah, Riyadh, Arab Saudi.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Muhamad Sabu sebelum ini memaklumkan, operasi KSCIP di pejabat sementaranya di Jalan Ampang ditutup.
Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin berkata, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud telah memberikan jaminan akan melawat negara ini pada minggu hadapan.
Jelasnya, lawatan itu akan membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Putrajaya dengan Riyadh.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#Hishammuddin Hussein
#koronavirus
#KSCIP
#Malaysia
#Menteri Luar
#Muhyiddin Yassin
#Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan