awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utamakan perpaduan elak kucar-kacir - TPM

Bernama
Bernama
07/07/2014
02:15 MYT
Utamakan perpaduan elak kucar-kacir - TPM
Utamakan perpaduan elak kucar-kacir - Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam mengutamakan perpaduan bagi mengelak perpecahan yang boleh membawa negara ke arah keadaan kucar-kacir.
Beliau berkata umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa negara Islam di Timur Tengah seperti Libya, Syria, Iraq dan Mesir yang menjadi lemah akibat berlakunya perpecahan.
Beliau berkata perang saudara yang tercetus di negara berkenaan menyebabkan keadaan kucar-kacir dengan masyarakatnya hidup dalam ketakutan dan kemiskinan.
"Di Syria, hampir 11 juta orang hilang tempat tinggal dan harta benda, enam juta menjadi pelarian serta ratusan ribu kehilangan nyawa termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri di Seri Bendahara pada Ahad.
Turut hadir bersama kira-kira 2,000 tetamu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Muhyiddin berkata berbeza di Malaysia, umat Islam masih hidup dalam suasana harmoni malah menikmati kemajuan pembangunan dan ekonomi yang didukung kestabilan politik.
Bagaimanapun, katanya telah timbul bibit perpecahan di kalangan umat Islam negara ini disebabkan perbezaan pandangan dalam hal berkaitan agama Islam.
Perpecahan ini, katanya, diambil kesempatan oleh pihak luar untuk mengancam kedudukan Islam malahan pihak dalam negara juga cuba menangguk di air keruh.
"Dari itu, akhir-akhir ini wujud tekanan demi tekanan daripada pelbagai pihak di atas kedudukan Islam seperti ada yang mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan pelaksanaan undang-undang oleh Mahkamah Syariah," katanya.
Justeru, katanya, pada bulan Ramadan ini, selain meningkatkan ketakwaan kepada Allah, umat Islam perlu memperkukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh.
Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan duit dan baju raya kepada 100 anak yatim dari rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Lembaga Pengurusan dan Kebajikan Anak Yatim Miskin Sungai Udang.
Topic Berkaitan
#Islam
#Libya
#Mesir
#Muhyiddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan