awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'The Utan', arca ikon baharu Sandakan

Bernama
Bernama
02/07/2013
00:00 MYT
'The Utan', arca ikon baharu Sandakan
Sebuah arca yang menjadi ikon baharu diperkenal sempena sambutan 50 tahun Sabah merdeka dalam Malaysia.
Arca berupa 'Orang Utan' itu dinamakan 'The Utan' adalah rekaan Michael Kwa Wei Choon, 28, yang memenangi Pertandingan Rekaan Arca anjuran Ireka Development Management Sdn Bhd dan ICSD Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
The Utan ditempatkan di pekarangan pusat membeli-belah The Piazza, Sandakan Habour Square dan dilancarkan Presiden MPS Datuk James Wong hari ini.
Kwa memaklumkan pemberita arca itu direka dengan penuh rasa bangga terhadap destinasi ekopelancongan Malaysia di Sandakan iaitu Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang menggambarkan keunikan daerah berkenaan.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif dari Universiti Malaysia Sabah serta anak jati Taiping, Perak itu juga berkata beliau berdepan banyak cabaran ketika membuat kajian terperinci bagi menghasilkan The Utan kerana sesebuah lakaran atau rekaan mementingkan keunikan tersendiri bagi mencipta kelainan dan keistimewaan.
Sementara itu, James berkata The Utan dipilih daripada karya 61 pereka yang menyertai pertandingan bertemakan keunikan dan ekopelancongan di Sandakan.
Topic Berkaitan
#Sandakan
#the utan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan