UTC Melaka ditutup dua hari pada Aidilfitri

Bernama
Mei 31, 2019 10:13 MYT
UTC Melaka akan menutup operasinya selama dua hari pada Rabu dan Khamis depan.
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka akan menutup operasinya selama dua hari pada Rabu dan Khamis depan (5 dan 6 Jun) bersempena dengan perayaan Aidilfitri.
UTC Melaka menerusi kenyataan hari ini memberitahu operasi UTC Melaka pada Selasa depan (4 Jun) adalah pada 8 pagi hingga 1 tengah hari.
"Operasi pada hari Jumaat hingga Ahad (7 hingga 9 Jun) adalah pada 8 pagi hingga 4.30 petang. UTC Melaka beroperasi seperti biasa pada hari Isnin (10 Jun) iaitu pada 8 pagi hingga 5 petang," kata kenyataan itu.
Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan UTC Melaka di talian 06-3333333 untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
#cuti #Hari Raya Aidilfitri #Melaka #PUSAT TRANSFORMASI BANDAR #UTC