MALAYSIA
UTeM perkukuh kedudukan global menerusi kerjasama strategik dengan 6 universiti Rusia
Zambry Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia, menjadi saksi kepada pemeteraian MoU dan LoI bersama 6 institusi tinggi Rusia - Foto UTeM
LANGKAWI: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus memperkukuh kedudukannya di peringkat global menerusi pemeteraian perjanjian kerjasama strategik dengan enam institusi pendidikan tinggi dari Rusia.
Ringkasan AI
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Massila Kamalrudin berkata, kejayaan ini menandakan satu lagi langkah penting UTeM dalam memperluas jaringan antarabangsa dan memperkukuh perkongsian kepakaran inovasi rentas sempadan.
“Kerjasama ini adalah platform untuk memperkukuh kapasiti saintifik, memupuk pemindahan pengetahuan, serta meningkatkan kecemerlangan penyelidikan antara UTeM dan rakan universiti di Rusia,” katanya dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.
Menurut beliau, kerjasama tersebut melibatkan empat Memorandum Persefahaman (MoU) bersama National Research Nuclear University (MEPhI), Moscow Aviation Institute (MAI), Russian Biotechnology University (RosBioTech) dan Far Eastern Federal University (FEFU).
Selain itu, dua Surat Niat (Letter of Intent - LoI) turut dimeterai bersama Grozny State Oil Technical University (GSTOU) dan Peoples’ Friendship University of Russia.
Selain itu, perjanjian dengan MEPhI memberi tumpuan kepada penyelidikan serta pertukaran akademik dalam bidang kecerdasan buatan, keselamatan siber dan sistem pintar.
Kerjasama dengan MAI pula menekankan aspek kejuruteraan mekanikal, manakala RosBioTech memberi fokus kepada teknologi bahan termaju.
Sementara itu, MoU dengan FEFU merangkumi pelaksanaan program mobiliti pelajar, projek penyelidikan bersama dan pertukaran sabatikal antara kedua-dua institusi.
Dalam masa sama, LoI bersama GSTOU dan Peoples’ Friendship University of Russia turut membuka ruang kepada pertukaran pelajar dan kakitangan, latihan industri, serta penganjuran seminar dan bengkel bersama.
“UTeM sentiasa komited untuk melahirkan graduan bertaraf global dan membina ekosistem penyelidikan yang lebih mampan melalui kolaborasi antarabangsa,” tambah Massila.
Majlis pemeteraian MoU dan LoI itu disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, serta Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia, Valery Falkov, sempena Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Budaya (JC-ESTC) Kali Ke-4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, di sini.
Ringkasan AI
- UTeM meterai kerjasama strategik dengan enam universiti Rusia melalui empat MoU dan dua LoI, melibatkan bidang seperti kecerdasan buatan, keselamatan siber, kejuruteraan mekanikal dan teknologi bahan.
- Perjanjian ini memperkukuh jaringan antarabangsa UTeM, memfokuskan kepada pemindahan ilmu, penyelidikan bersama, mobiliti pelajar dan pertukaran akademik.
- Majlis pemeteraian disaksikan oleh menteri kedua-dua negara sempena Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia (JC-ESTC) Kali Ke-4 di Langkawi, menandakan komitmen UTeM terhadap kecemerlangan global dan penyelidikan mampan.