JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan tertinggi dalam kalangan universiti awam di Malaysia pada tahun lepas iaitu 97.9 peratus.
Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 31.2 peratus graduan menerima gaji premium iaitu RM4,000 dan ke atas sekali gus membuktikan universiti itu mampu menghasilkan graduan holistik sebagaimana digariskan Kementerian Pengajian Tinggi.
"Ini bermaksud bahawa graduan kita sering didambakan oleh pihak industri atau majikan.
"UTM juga telah diiktiraf sebagai Employers' Preferred University dengan penarafan enam dan lima bintang dalam pelbagai bidang oleh Talentbank - National Graduate Employability Index," katanya pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-66 (MK66), di sini hari ini.
Ahmad Fauzi berkata UTM juga telah mendapat pelbagai penarafan antaranya berada di kedudukan pertama di Malaysia dalam QS World University Rankings by Subject 2022 bagi kategori Architecture/ Built Environment dan Engineering - Civil and Structural.
Ahmad Fauzi berkata UTM juga telah mendapat pelbagai penarafan antaranya berada di kedudukan pertama di Malaysia dalam QS World University Rankings by Subject 2022 bagi kategori Architecture/ Built Environment dan Engineering - Civil and Structural.
Beliau berkata meskipun penarafan seumpama itu adalah penting, UTM juga amat menitik berat terhadap aspek kemenjadian seseorang graduan secara holistik dan tidak fokus semata-mata kepada aspek akademik sahaja.
"Apabila graduan mendapat pekerjaan, aspek yang dinilai oleh majikan untuk peningkatan kerjaya bukan lagi pendidikan akademik, sebaliknya sahsiah, jati diri dan juga emosi mereka. Ini antara aspek yang ditekankan UTM terhadap graduan-graduan, sama ada terdiri daripada penuntut tempatan mahupun antarabangsa," katanya.
Terdahulu, beliau berkata Majlis Konvokesyen UTM Ke-66 yang berlangsung lima hari dan melabuhkan tirainya hari ini, melibatkan secara keseluruhan 7,934 graduan dengan 441 orang menerima Ijazah Doktor Falsafah; 1,478 Ijazah Sarjana; 4,368 Ijazah Sarjana Muda dan 703 Diploma.
Beliau berkata majlis yang melibatkan sembilan sesi itu turut menyaksikan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada dua tokoh akademik, iaitu Dr Bahrom Sanugi dan Dr Mohd Nawi Derahman.
"Selain itu, 755 pula merupakan graduan antarabangsa dari 42 buah negara dan graduan paling ramai adalah dari Indonesia, Iraq dan Bangladesh," katanya.
Beliau pada masa sama turut menitipkan pesanan kepada graduan UTM agar menjadi insan yang mempunyai jati diri, berpengetahuan tinggi dan elok budi pekerti, mesra komunikasi dan sentiasa berdaya tahan bagi mengharungi cabaran pada masa depan.
"Perkasakan sifat peribadi, bangunkan personaliti berkarisma dan rebut peluang diberikan, maksudnya kalau ada peluang jangan lepaskan.
"Mereka juga saya lihat perlu ada 3Q iaitu social quotient, emotional quotient dan adversity quotient, (kecerdasan sosial, emosi dan kesukaran) ini yang akan menentukan tahap mana pelajar kita dalam apa jua bidang diceburi kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

AHMAD FAUZI: UTM juga telah diiktiraf sebagai Employers' Preferred University dengan penarafan enam dan lima bintang dalam pelbagai bidang oleh Talentbank. - Foto UTM

Keputusan Pemilihan PKR dijangka diketahui Jumaat ini
Keputusan kepimpinan baharu PKR dijangka diketahui paling awal malam esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Pemukiman sidang kemuncak sentuh situasi Gaza
Fokus turut diberikan pada kepentingan grid tenaga ASEAN sebagai langkah besar memperkukuh kerjasama tenaga serantau.
Kawasan perdagangan bebas China-ASEAN dinaik taraf
Perjanjian ini akan menyuntik momentum baharu kepada pemulihan ekonomi serantau.
Wakil China-Indonesia bertemu kukuh hubungan diplomatik
Menteri Luar China, Wang Yi, telah bertemu dengan Luut Binsar Pandjaitan, pengerusi Majlis Ekonomi Kebangsaan Indonesia dalam lawatan ke Beijing pada Selasa.
Vietnam tegaskan hubungan kukuh dengan WHO
Vietnam menegaskan komitmennya untuk terus menjalin hubungan erat dan berkesan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sempena sesi peringkat tinggi Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA).
Kemboja tegas dasar luar bebas dan tidak bersekutu
Sepanjang dekad lalu, landskap antarabangsa menjadi semakin tegang dan tidak menentu.
Galas peranan tonggak diplomasi global, pemudah cara
ASEAN perlu menjadi pemudah cara yang neutral dan inklusif.

SPRM panggil semula individu terbabit video skandal rasuah ADUN Sabah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil semula semua individu yang didakwa terbabit dalam dakwaan skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.
RAV4 tampil dengan teknologi canggih dan ejen suara
Toyota secara rasmi melancarkan model terbaharunya, RAV4, pada rabu yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha transformasi digital syarikat automotif itu.
Permintaan global lonjak prestasi sektor penerbangan China
China mencatatkan pertumbuhan dua angka dalam jumlah perolehan pengangkutan udara bagi bulan April, dipacu oleh lonjakan permintaan antarabangsa dan aktiviti perdagangan yang rancak.

UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
UTM akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti AI pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.

UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.

Naib Canselor UTM rakyat Malaysia pertama terima Hadiah Mustafa
Ahmad Fauzi merupakan rakyat Malaysia pertama dan warga rantau Asia Tenggara kedua dinobatkan sebagai penerima Hadiah Mustafa.

UTM catat 97.9 peratus kadar kebolehpasaran, tertinggi di Malaysia
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 31.2 peratus graduan menerima gaji premium iaitu RM4,000 dan ke atas.

PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.