awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan

Bernama
Bernama
30/05/2024
23:00 MYT
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Ahmad Fauzi berkata ketika ini pihaknya sudah mengenal pasti lebih 100 pensyarah yang berkebolehan dalam bidang itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata ketika ini pihaknya sudah mengenal pasti lebih 100 pensyarah yang berkebolehan dalam bidang itu untuk mengajar pelajar kohort pertama Ijazah Sarjana Muda AI yang akan bermula Oktober ini.
"Sebenarnya di UTM, sejak 2007 kami sudah ada pusat bagi kecerdasan buatan dan robotik. Jadi kepakaran itu sebenarnya kita sudah ada sejak dahulu lagi.
"Cuma ketika ini kami kena cari pihak industri yang sudi untuk menyumbang sebagai tenaga pengajar kerana kurikulum yang kita akan terapkan itu adalah AI dan infusi industri. Ini penting supaya bakal pelajar bidang ini tahu apa hala tuju mereka selepas habis belajar nanti," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu jemputan dalam Ruang Bicara anjuran Bernama TV di sini malam tadi.
Ditanya mengenai persediaan UTM untuk memulakan pengajian bidang AI, Ahmad Fauzi berkata 10 makmal berteknologi tinggi akan dibina oleh universiti itu bagi tujuan pembelajaran.
Dalam pada itu, menurutnya berdasarkan pemerhatian beliau menjangkakan permohonan pelajar untuk menyambung pelajaran dalam bidang AI adalah tinggi.
"Buat masa ini, kita akan ambil dalam 120 penuntut tempatan yang bakal menjadi kumpulan perintis bagi mengikuti pengajian selama tiga tahun. Kita menjangkakan pada akhir nanti dalam 300 pelajar.
"Individu yang berminat boleh mohon menerusi 'UPUonline' yang akan dibuka tidak lama lagi," katanya.
Fakulti Kecerdasan Buatan UTM yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Mei lepas merupakan inisiatif bagi mempercepatkan kewujudan tenaga mahir di Malaysia khususnya dalam bidang berkenaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#fakulti AI
#UTM
#tenaga pengajar tempatan
#Ahmad Fauzi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan