MALAYSIA
UTM iktiraf peranan bekas Duta Besar Jepun Masahiko Horie dalam penubuhan MJIIT
Masahiko Horie dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, di Majlis Konvokesyen UTM ke-69. -Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Mantan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie, dikurniakan Ijazah Doktor Kehormat daripada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-69 yang berlangsung pada Sabtu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM bertitah, Horie merupakan tokoh utama yang memainkan peranan besar dalam penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada 2010.
Dalam pada itu, Permaisuri Agong dalam titahnya menegaskan bahawa sumbangan Horie membuka jalan kerjasama strategik antara UTM dan universiti terkemuka Jepun termasuk Universiti Tsukuba, Universiti Tokyo dan Universiti Meiji.
“Tuan Masahiko Horie amat sinonim dengan UTM kerana beliau merupakan tokoh penting dalam penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada tahun 2010.
“Hasil daripada kerjasama ini, UTM telah berjaya menjalin hubungan strategik dengan pelbagai institusi pendidikan terkemuka di Jepun seperti Universiti Tsukuba, Universiti Tokyo, Universiti Meiji dan beberapa universiti ternama yang lain," titah Raja Zarith Sofiah.
Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan ijazah kepada 343 graduan daripada pelbagai fakulti.
Raja Zarith Sofiah turut berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada empat tokoh akademik UTM kepada Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal, Dr Awaluddin Mohamed Shaharoun, dan Profesor Dr Ghazali Sulong.
Turut berangkat dalam majlis itu, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, yang juga Pro-Canselor UTM.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Masahiko Horie dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, di Majlis Konvokesyen UTM ke-69.
- Horie memainkan peranan utama dalam penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada 2010, membuka jalan kerjasama strategik antara UTM dan universiti Jepun terkemuka.
- Penganugerahan juga melibatkan penyampaian ijazah kepada 343 graduan serta pengiktirafan Profesor Emeritus kepada empat tokoh akademik UTM oleh Raja Zarith Sofiah.
Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM bertitah, Horie merupakan tokoh utama yang memainkan peranan besar dalam penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada 2010.
Dalam pada itu, Permaisuri Agong dalam titahnya menegaskan bahawa sumbangan Horie membuka jalan kerjasama strategik antara UTM dan universiti terkemuka Jepun termasuk Universiti Tsukuba, Universiti Tokyo dan Universiti Meiji.
“Tuan Masahiko Horie amat sinonim dengan UTM kerana beliau merupakan tokoh penting dalam penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada tahun 2010.
“Hasil daripada kerjasama ini, UTM telah berjaya menjalin hubungan strategik dengan pelbagai institusi pendidikan terkemuka di Jepun seperti Universiti Tsukuba, Universiti Tokyo, Universiti Meiji dan beberapa universiti ternama yang lain," titah Raja Zarith Sofiah.
Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan ijazah kepada 343 graduan daripada pelbagai fakulti.
Raja Zarith Sofiah turut berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada empat tokoh akademik UTM kepada Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal, Dr Awaluddin Mohamed Shaharoun, dan Profesor Dr Ghazali Sulong.
Turut berangkat dalam majlis itu, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, yang juga Pro-Canselor UTM.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah Masahiko Horie dan apakah peranannya dalam hubungan UTM dengan universiti Jepun?
A: Masahiko Horie ialah Mantan Duta Besar Jepun ke Malaysia yang memainkan peranan besar dalam penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan membuka jalan kerjasama strategik antara UTM dan universiti Jepun terkemuka. - Q: Apakah universiti-universiti terkemuka Jepun yang terlibat dalam kerjasama dengan UTM?
A: Universiti Tsukuba, Universiti Tokyo, Universiti Meiji, serta beberapa universiti ternama Jepun lain terlibat dalam kerjasama strategik dengan UTM hasil sumbangan Masahiko Horie. - Q: Berapakah jumlah graduan yang menerima ijazah dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-69?
A: Sebanyak 343 graduan menerima ijazah daripada pelbagai fakulti dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-69. - Q: Siapakah individu yang menerima anugerah gelaran Profesor Emeritus dalam majlis tersebut?
A: Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal, Dr Awaluddin Mohamed Shaharoun, dan Profesor Dr Ghazali Sulong menerima gelaran Profesor Emeritus daripada Raja Zarith Sofiah dalam majlis tersebut. - Q: Siapakah individu yang turut hadir dalam majlis selain daripada Raja Zarith Sofiah?
A: Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, yang juga Pro-Canselor UTM turut berangkat dalam majlis Konvokesyen UTM ke-69.
#Masahiko Horie
#Raja Zarith Sofiah
#Universiti Teknologi Malaysia
#MJIIT
#Majlis Konvokesyen
#Ijazah Doktor Kehormat