Skip to main content

Malaysia

UTM nafi individu dalam poster tular petugas universiti

[TB]_Haliza bukan staf UTM_FB UTM
UTM berkata pihaknya memandang serius sebarang manipulasi atau penyalahgunaan bahan komunikasi, logo dan identiti yang boleh mengelirukan orang ramai. - Foto FB UTM
Advertisement

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menafikan individu pada poster tular di media sosial yang didakwa terlibat dalam pergaduhan mulut adalah petugas di universiti itu. 

UTM dalam kenyataan memaklumkan individu itu bukan individu dinamakan dalam poster asal dan pihaknya memandang serius sebarang manipulasi atau penyalahgunaan bahan komunikasi, logo dan identiti yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi staf dan universiti tersebut.

“UTM berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab (dalam penyebaran poster itu).

“Justeru, orang ramai diminta menghentikan penyebaran poster yang telah diubah suai itu dan hanya merujuk kepada saluran rasmi UTM bagi mendapatkan maklumat sahih,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, gambar individu dalam video pergaduhan mulut dengan seorang lelaki kerana didakwa memotong barisan ketika membeli makanan tular di media sosial menerusi poster mendakwa wanita itu petugas di universiti tersebut.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement