[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

UTP terus unggul, 1,441 graduan dirai gemilang

Malekah Aisyah 24/11/2025 | 05:43 MYT
Majlis Konvokesyen ke-25 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) berlangsung dengan meriah selepas 1,441 graduan diraikan. - Foto UTP
SERI ISKANDAR: Suasana penuh makna menyelubungi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) apabila seramai 1,441 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-25, yang berlangsung pada 26 dan 27 Oktober lalu sekali gus menandakan 25 tahun perjalanan UTP melahirkan graduan masa depan dan menerajui inovasi teknologi negara.


Ringkasan AI
  • Suasana penuh makna menyelubungi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) apabila seramai 1,441 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-25, berlangsung pada 26 dan 27 Oktober lalu sekaligus menandakan 25 tahun perjalanan UTP melahirkan graduan masa depan dan menerajui inovasi teknologi negara.
  • Majlis gilang-gemilang itu disempurnakan oleh Pro Canselor, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang menyampaikan amanat penuh makna kepada para graduan agar terus membawa nama baik universiti sebagai duta UTP di pentas global.
  • Presiden UTP, Ir Mohamed Firouz Asnan, berkata konvokesyen kali ini bukan sekadar meraikan kejayaan akademik, tetapi mencerminkan kesinambungan prestasi universiti dalam penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat sepanjang tahun.


Majlis gilang-gemilang itu disempurnakan oleh Pro Canselor, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang menyampaikan amanat penuh makna kepada para graduan agar terus membawa nama baik universiti sebagai duta UTP di pentas global.

“Peliharalah kredibiliti universiti dengan integriti, amalkan nilai-nilai yang membentuk diri anda dan biarlah kejayaan anda mencerminkan standard yang telah diasuh di UTP,” katanya.

Presiden UTP, Ir Mohamed Firouz Asnan, berkata konvokesyen kali ini bukan sekadar meraikan kejayaan akademik, tetapi mencerminkan kesinambungan prestasi universiti dalam penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat sepanjang tahun.

Beliau turut menegaskan pencapaian UTP dalam arena global semakin kukuh.

Antara graduan cemerlang mendapat pengiktirafan Anugerah Canselor. - Foto UTP


UTP kini berada dalam kelompok 201-250 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025, menjadikannya antara satu peratus universiti terbaik dunia dan terus kekal sebagai Universiti No. 1 di Malaysia dan universiti swasta terbaik di ASEAN.

Dalam THE Asia University Rankings, UTP berada di tangga ke-43, selain kekal antara universiti swasta terbaik negara dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi menerusi QS World University Rankings by Subject 2025.

UTP juga mengekalkan penarafan enam bintang MyRA, membuktikan kekuatan penyelidikan dan peranannya dalam memacu inovasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan negara.

Mohamed Firouz turut menekankan usaha UTP dalam memperkukuh kelestarian melalui projek seperti Solar Gentari-UTP dan Warisan Hijau Trail yang menyokong Matlamat Karbon Sifar Bersih 2050.

Transformasi kampus turut diteruskan dengan pembangunan fasiliti baharu seperti UTP Student Centre - Nadi@UTP dan Residential Village 6, yang direka untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar.

Dalam persediaan menghadapi masa depan pendidikan kejuruteraan, UTP memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bersepadu dengan Kepujian, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Program ini melahirkan jurutera serba boleh serta pelbagai disiplin yang menggabungkan sistem mekanikal, kimia, elektrik, digital dan sistem manusia selari dengan tuntutan Industri 4.0 dan matlamat pembangunan lestari.

Majlis Konvokesyen ke-25 turut mengiktiraf pencapaian graduan cemerlang melalui Anugerah Canselor: Sebagai sebahagian daripada sambutan, UTP turut menganjurkan pelbagai acara komuniti seperti:
Majlis ini juga menandakan 25 tahun perjalanan UTP melahirkan graduan masa depan dan menerajui inovasi teknologi negara. - Foto UTP


Acara ini bukan sahaja menghubungkan graduan dengan universiti, tetapi mengikat jalinan antara pelajar, alumni dan masyarakat setempat.






#UTP #Graduan Berdaya Saing #universiti berprestij #Majlis Konvokesyen ke-25 #inovasi #pembangunan bakat