awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTP universiti nombor satu Malaysia dalam ranking Universiti Asia THE 2023

Bernama
Bernama
23/06/2023
16:31 MYT
UTP universiti nombor satu Malaysia dalam ranking Universiti Asia THE 2023
UTP berkata ia merupakan pencapaian bersejarah kepada institusi pengajian tinggi negara itu yang melonjak 32 anak tangga ke tangga 63 tahun ini daripada kedudukan ke-95 pada tahun lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti nombor satu di Malaysia, selain muncul selaku universiti swasta nombor satu ASEAN dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education (THE) 2023.
UTP dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata ia merupakan pencapaian bersejarah kepada institusi pengajian tinggi negara itu yang melonjak 32 anak tangga ke tangga 63 tahun ini daripada kedudukan ke-95 pada tahun lepas.
Dalam kenyataan sama Naib Canselor UTP Professor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen UTP yang tidak berbelah bagi kepada kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi yang memberi kesan serta mewujudkan pengalaman penuntut yang luar biasa selain terus mendukung standard yang tinggi untuk menghasilkan impak yang bertahan lama dalam arena akademik dan penyelidikan sejagat.
Kami amat bangga dengan peningkatan ketara UTP dalam Ranking Universiti Asia THE 2023. Pencapaian ini adalah bukti kepada dedikasi dan kerja keras fakulti, staf dan penuntut kami. Tambahan pula, kami amat berterima kasih kepada Petronas dan rakan kongsi kami atas pencapaian ini yang berjaya dicapai kerana sokongan mereka yang tidak henti-henti dan berterusan," katanya.
Mohamed Ibrahim berkata UTP kekal komited untuk mengasah bakat pemimpin masa depan, memacu inovasi, mempromosi kelestarian dan usaha berterusan mereka ke arah kecemerlangan akan menyumbang kepada pembangunan graduan berkemahiran tinggi yang sedia untuk memberi kesan penting di peringkat tempatan dan sejagat.
"Sebagai sebahagian daripada aspirasi kami ke arah kelestarian sejagat yang unggul, kami akan terus menyokong inisiatif peralihan tenaga Petronas ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#UTP
#NZCE
#Pemimpin masa depan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan