awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah dalam proses dapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015 dan ABMS 37001:2025
Pedati emas dahului perarakan Thaipusam di Pulau Pinang esok, tiada perubahan aturan
JBPM tidak kompromi salah laku anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utusan Melayu diperintah bayar RM200,000 kepada Tony Pua

Bernama
Bernama
17/09/2015
14:09 MYT
Utusan Melayu diperintah bayar RM200,000 kepada Tony Pua
Pada 16 Jan tahun ini, Pua memfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah - Foto fail Astro AWANI / Shahir Omar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung artikel yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.
Peguam Elly Azureen Khalid yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita mahkamah membuat perintah itu selepas syarikat akhbar itu menerbitkan permohonan maaf berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Tony, Anwar Dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" pada 15 Nov tahun lepas.
Elly Azureen berkata akhbar itu menerbitkan permohonan maaf tersebut pada 23 Mei lepas.
Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM15,000 kepada Pua.
Pada 16 Jan tahun ini, Pua memfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah antara lain bermaksud beliau seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak cekap.
Beliau memohon ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua.
Topic Berkaitan
#Elly Azureen Khalid
#Mahkamah Tinggi
#Tony Pua
#utusan malaysia
#utusan melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan