awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 4 PPV Integrasi untuk dos penggalak mula operasi hari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2022
23:01 MYT
Vaksin COVID-19: 4 PPV Integrasi untuk dos penggalak mula operasi hari ini
Pusat berkenaan akan dibuka kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak bermula jam 8 pagi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang mula beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Empat lokasi itu adalah di PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.
PPV mega itu diaktifkan semula oleh Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak kepada orang ramai.
Pusat berkenaan akan dibuka kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak bermula jam 8 pagi.
BACA: PPV Integrasi WTCKL sedia beroperasi esok
Pada 16 Disember lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, semua penerima dos lengkap vaksin COVID-19 jenis Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya Februari ini.
Beliau berkata, individu berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak pada tempoh berkenaan.
Katanya, sekiranya individu berkenaan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari, status vaksinasi akan bertukar menjadi tidak lengkap.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#PPV
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan