Vaksin COVID-19: 61.8 peratus populasi dewasa sudah terima dos pertama

Hafizi Rosli
Ogos 3, 2021 01:15 MYT
Sebanyak 61.8 peratus populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19, setakat Isnin. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebanyak 61.8 peratus populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19, setakat Isnin.
Menurut data dikongsikan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pemberian dos kedua bagi populasi dewasa pula cecah 30.7 peratus.
Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan dos vaksin COVID-19 di negara ini melepasi 21.688 juta dos keseluruhan.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 2 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/LrSG52Z8oI

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini selepas jumlah pemberian suntikan harian vaksin dos pertama dan kedua merekodkan 468,526 dos, pada Isnin.

Jumlah pemberian dos harian pada 2 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/JeXU0aVyUX

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Daripada keseluruhan suntikan vaksin, sebanyak 14.471 juta adalah bagi dos pertama manakala 7.197 juta bagi dos kedua melibatkan populasi dewasa.
Enam kawasan/negeri mencatatkan pemberian vaksin melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa iaitu Lembah Klang (97.3 peratus), Labuan (95.2 peratus), Sarawak (84.9 peratus), Negeri Sembilan (73.4 peratus), Perlis (63.3 peratus) dan Pulau Pinang (57.6 peratus).
Manakala negeri yang lengkap dos kedua melebihi 50 peratus populasi dewasa adalah Labuan dan Sarawak apabila masing-masing mencatatkan 82.2 peratus dan 67 peratus.
#COVID-19 #vaksin #suntikan #populasi #dewasa #Lembah Klang #Labuan #Sarawak