Vaksin COVID-19 kepada warga asing tanpa dokumen juga akan diberi - Khairy

Azyyati Ahmad
Februari 11, 2021 04:23 MYT
Menurut Khairy Jamaluddin, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 akan berbincang dengan lebih lanjut bagaimana inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, Kabinet secara prinsipal bersetuju untuk menyediakan vaksin percuma kepada warga asing di negara ini yang tidak mempunyai dokumen sah.
Menurut beliau, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) akan berbincang dengan lebih lanjut bagaimana inisiatif ini dapat dilaksanakan.
Beliau juga dalam masa sama akan mengadakan pertemuan dengan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri, kedutaan asing, serta pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Khairy dalam ciapan susulan di Twitternya berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Akses Bekalan Vaksin yang memaklumkan bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melibatkan pemberian secara percuma kepada semua golongan bukan warganegara Malaysia yang menetap di negara ini.
Katanya, hasrat itu selari dengan tema Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu 'Lindung Diri, Lindung Semua' serta menerusi pendekatan "Tiada Yang Selamat Sehingga Semua Selamat”.

In principle, Cabinet has also agreed to provide the vaccines free for undocumented foreigners. @JKJAVMY will be discussing further on how this can be implemented. We will be reaching out to state governments, foreign embassies, NGOs to assist.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: JKJAV setuju vaksin diberikan secara percuma kepada semua rakyat, bukan warganegara
#Khairy Jamaluddin #COVID-19 #vaksin #vaksin COVID-19 #vaksin percuma #Vaksin Percuma Warga Asing #KJ #Khairy Vaksin #kabinet