Vaksin COVID-19: Lebih 23 juta dos sudah diberikan

Hilmi Malik
Ogos 7, 2021 04:34 MYT
Pada 6 Jun, jumlah kumulatif pemberian vaksin negara adalah sebanyak 23,608,290 menurut Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jumlah pemberian vaksinasi harian terus melepasi angka sasaran dengan sebanyak 447,035 dos suntikan diberikan setakat Jumaat.
Menurut data Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah tersebut pecahan bagi dos pertama adalah sebanyak 187,756 manakala dos kedua mencatatkan sebanyak 259,279.

Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 6 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/CGCz9RGZ1l

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 23,608,290.
Negeri Selangor setakat semalam mencapai rekod tertinggi bagi individu yang telah lengkap dua dos dengan jumlah sebanyak 81,688.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 6 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/yakEHnA4OT

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, peratusan bagi golongan dewasa yang lengkap dua dos suntikan adalah sebanyak 35.5 peratus yang juga bersamaan dengan 8,258,110 individu.
Bagi perkembangan vaksinasi mengikut negeri, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan peratusan populasi tertinggi bagi individu yang lengkap dua dos iaitu sebanyak 84.3 peratus.
#vaksin #suntikan #COVID-19 #dos pertama #dos kedua #JKJAV #KKM #koronavirus