KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,683,567 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,553 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,007,101 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, seramai 16,084,603 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,173 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,459 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 9,883 dos harian diberikan semalam meliputi 2,129 suntikan penggalak, 3,945 dos kedua dan 3,809 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,826,089
Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini. - Foto fail/BERNAMA

Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi
Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi melonjak.

Nahas | Tiga maut dalam rempuhan kereta api di California
Tiga terbunuh apabila kereta api amtrak merempuh sebuah kereta di California pada Ahad. Nahas dilaporkan berlaku jam satu tengah hari di Brentwood, kira-kira sejam pemanduan ke Tenggara San Francisco.

Gangguan Tenaga | Warga Jepun diminta menjimatkan penggunaan elektrik
Kerajaan Jepun menyeru warganya untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik bagi berdepan kemungkinan berlaku kekurangan tenaga di negara itu. Amaran mengenai kemungkinan berlaku gangguan kuasa dikeluarkan pada Ahad oleh jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Pelancaran Roket | NASA lancar roket suborbital di Australia
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melancarkan sebuah roket suborbital dari dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara Asutralia awal pagi Isnin. Ia merupakan roket pertama dilancarkan di negara itu dalam tempoh 27 tahun.

Pensyarah kanan didakwa salah guna dana projek penyelidikan, palsukan invois
Seorang pensyarah kanan didakwa atas lima pertuduhan menyalahgunakan dana projek penyelidikan bernilai RM32,000 dan satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100, lima tahun lepas.

AWANI Ringkas: Prosiding bela diri Ahmad Zahid | Hakim tegur Guan Eng
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.

Kesihatan | Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut
Kerajaan menyasarkan masalah bantut rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada lapan peratus menjelang 2030. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan dewasa.

Masalah bantut | Isu akses harga protein dan susu juga dibincangkan - Khairy
Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Melpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia yang diwujudkan akan membincangkan serta memberi syor masalah bantut.

KKM | Sentiasa beri garis panduan taska dan tadika - Khairy
Khairy Jamaluddin menjelaskan Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan garis panduan makanan bagi setiap tadika berdaftar di negara ini. Ujarnya, menjadi kebimbangan sekiranya ada tadika yang tidak berdaftar dan tidak mengikut pemakanan yang sesuai.

COVID-19: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Dr Noor Hisham
Bilangan kes kematian menunjukkan penurunan kepada 38.1 peratus iaitu 13 kes berbanding 21 kes pada minggu sebelumnya.

COVID-19: Jumlah kes baharu meningkat, kematian catat penurunan
Kes baharu meningkat 10.9 peratus kepada 15,739 kes manakala kes kematian menurun sebanyak 38.1 peratus iaitu 13 kes pada ME ke-25 (19-25 Jun)

COVID-19: 2,003 kes baharu, satu kematian dicatat
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,746 kes.

PM Thailand berterima kasih pada rakyat yang masih pakai pelitup muka
Prayut amat memberi perhatian kepada kesihatan orang awam kerana risiko jangkitan masih ada.

Vaksin COVID-19: Lebih 16 juta individu dewasa terima dos penggalak
Sebanyak 16,137,205 individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

COVID-19: 2,302 kes baharu, tiada kematian dicatat
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,745 kes.

Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak
Individu yang belum lengkap vaksinasi dan mereka yang memerlukan dos penggalak kedua dinasihatkan segera berbuat demikian bagi menghadapi gelombang baharu COVID-19 yang dijangka tidak lama lagi.

COVID-19: Sabah catat pertambahan 192 kes positif
Sabah hari ini melaporkan pertambahan 192 kes positif COVID-19 seterusnya mencatatkan peningkatan sebanyak 22 kes berbanding Jumaat.

Thailand mansuh pemakaian pelitup muka
Kerajaan Thailand pada Khamis menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.

Gelombang baharu COVID-19: MOTAC, KKM sentiasa pantau kes
Nancy berkata, kenyataan Khairy tidak boleh dipandang ringan dan pada masa sama berharap agar negara tidak hadapi kesulitan seperti sebelum ini.