KUALA LUMPUR: Penerima dos penggalak vaksin COVID-19 perlu peka dengan perubahan kesihatan diri dalam tempoh dua hingga tiga hari selepas vaksinasi dan sekiranya mengalami kesan sampingan berlanjutan melebihi tiga hari, disarankan berjumpa doktor dengan kadar segera.
Perunding Hematologi Hospital Ampang Dr Veena Selvaratnam berkata antara kesan sampingan yang perlu diberi perhatian sekiranya dialami lebih daripada tiga hari ialah demam, sakit kepala, sakit perut, loya, muntah dan ruam berbintik merah pada badan kerana ia mungkin merupakan simptom terjadinya Vaccine Induced Thrombotic Thrombocytopenia (VITT) iaitu darah beku dalam salur darah vena.
"Selain itu, sesak nafas dan bengkak kaki juga perlu diberikan perhatian sekiranya anda mengalaminya...ini adalah antara tanda awal pembentukan darah beku di mana-mana bahagian badan kita.
"Jika sesiapa alami kesan sampingan seperti sakit di tempat cucuk, biasanya ia akan hilang dalam tempoh 24 hingga 48 jam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dr Veena berkata mereka yang menerima dos penggalak juga perlu berehat dan minum air yang banyak serta jangan terlalu aktif kerana badan sedang membentuk imuniti.
Menurutnya, golongan yang berisiko mengalami VITT adalah mereka yang menerima vaksin jenis adenovirus terutama yang berusia 30 hingga 50 tahun serta mereka yang pernah mempunyai sejarah mengalami masalah pembekuan darah.
"Namun berdasarkan kajian, trend VITT di luar negara merekodkan sembilan hingga 10 kes bagi satu juta dos manakala di Malaysia, kurang daripada satu kes bagi satu juta dos," katanya.
Beliau juga menggalakkan sesiapa yang mempunyai keraguan berkenaan vaksinasi boleh berbincang dengan doktor terlebih dahulu dan jangan mudah terpengaruh dengan mesej tular menerusi laman sosial.
"Orang ramai perlu faham yang risiko jangkitan COVID-19 adalah jauh lebih tinggi daripada risiko kesan sampingan vaksin," katanya.
Sementara itu, Pakar Perunding Kardiologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohd Shawal Faizal Mohamad berkata sekiranya seseorang itu mengalami demam serta sengal badan dalam tempoh satu atau dua hari selepas vaksinasi diikuti degupan jantung laju, sesak nafas dan sakit dada selepas tiga hari, mereka perlu mendapatkan rawatan doktor.
"Kadar degupan jantung boleh diperiksa menggunakan alat tekanan darah dan perlu dirujuk ke doktor sekiranya bacaan mencapai 120 ke atas dalam seminit ketika berehat...ini mungkin simptom yang boleh membawa kepada miokarditis radang pada otot jantung dan perikarditis iaitu radang pada lapisan luar jantung," katanya.
Dr Mohd Shawal berkata bagaimanapun miokarditis dan perikarditis yang dialami penerima dos penggalak boleh pulih 100 peratus.
Namun, beliau menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rehat yang secukupnya selepas menerima vaksinasi bagi mengelakkan sebarang risiko.
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) amat mengalu-alukan laporan kesan sampingan penerima vaksinasi termasuk dos penggalak yang boleh dibuat melalui MySejahtera, talian Bahagian Regulatori Farmasi Negara atau borang dalam talian KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang secukupnya selepas menerima vaksinasi bagi mengelakkan sebarang risiko. - Foto fail
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.