IPOH: Jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera di negeri Perak mencatatkan peratusan sangat rendah, iaitu 21.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.
Menurut Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad, antara kemungkinan yang menyebabkan peratusan yang kecil ini termasuk sikap orang ramai yang mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.
"Jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera kini mencecah 406,380 orang.
"Masih ramai orang yang tunggu dan lihat. Jadi, saya nasihatkan, tak payah tunggu, tak payah lihat, dengan penuh yakin, pergilah mendaftar.
"Kemudian, tunggu giliran dipanggil untuk vaksinasi," katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah Kinta, Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Turut menjadi faktor penyumbang, kata Saarani, ialah mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai kemudahan internet.
"Sudah tentu, sahabat-sahabat kita di pedalaman, khususnya masyarakat Orang Asli, mereka tiada kemudahan internet.
"Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan bantu Kementerian Kesihatan (KKM) buat pendaftaran secara manual," tambahnya.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang merangka usaha untuk memperhebat promosi dan kempen pendaftaran, termasuk melatih sukarelawan untuk tujuan pendaftaran.
Jelasnya, perkara itu penting bagi memastikan orang ramai mendaftar sebagai penerima vaksin, seterusnya ia dapat diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan.
"Ambil contoh daripada kaedah orang daftar pemilihan pilihan raya dan bayar zakat. Kita akan rancakkan lagi dengan melatih lebih ramai sukarelawan untuk pendaftaran (melalui MySejahtera).
"Kita boleh buat (pendaftaran) di pasar raya, pasar malam, Pusat Khidmat ADUN. Dan sebenarnya, boleh buat di tepi padang bola sekalipun, asalkan tempat orang berkumpul.
"Kita cuba dapatkan keperluan angka (sukarelawan) itu daripada KKM. Saya yakin ramai sukarelawan yang bersedia di kalangan belia, mahasiswa yang sedang bercuti pun ada.
"Bagaimanapun, latihan perlu diberikan," katanya.
Setakat 20 Mac, seramai 45,734 petugas barisan hadapan di Perak sudah menerima suntikan vaksin di bawah fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Jumlah tersebut menjadikan pelaksanaan fasa pertama program tersebut di Perak, yang dijangka selesai 31 Mac ini, sudah mencapai tahap 97.5 peratus.
Dalam pada itu, dari segi liputan pemberian vaksin mengikut daerah, hampir semua daerah di negeri Perak merekodkan tahap 100 peratus bagi tempoh fasa pertama kecuali Kampar (98%) dan Kinta (93.4%).
Bagaimanapun, kata Saarani, kerajaan negeri yakin pelaksanaan pemberian vaksin fasa pertama program tersebut di Perak akan mencapai tahap 100 peratus sebelum bermulanya fasa kedua pada 1 April ini.
Bagi fasa kedua, sebanyak 31 PPV akan beroperasi di negeri ini dengan sasaran pemberian vaksin kepada 559,000 penduduk.
Aida Aziz
Mon Mar 22 2021
Saarani (kanan) selepas mendapat suntikan vaksin dos kedua di PPV daerah Kinta, Stadium Indera Mulia, Ipoh, hari ini. Mengiringinya, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin. - Astro AWANI
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.