KUCHING: Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Sarawak dijangka bermula selepas 3 Februari depan.
Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, pihaknya berharap ibu bapa atau penjaga peka dengan maklumat terkini berkaitan pelaksanaan program tersebut.
Kerajaan negeri katanya, memerlukan kerjasama masyarakat dalam memastikan keselamatan pelajar di sekolah di negeri itu dapat ditingkatkan.
“Saya berharap dengan adanya program vaksinasi lima hingga 11 tahun ini yang akan bermula selepas 3 Februari, kita akan dapat menyediakan suasana yang selamat untuk kanak-kanak di sekolah.
"Seperti di Kedah, mereka sudah ada kluster, saya percaya ianya melibatkan varian Omicron kerana bagaimana seramai 535 pelajar dan 25 guru dijangkiti dengan mudah, ini menunjukkan betapa mudahnya varian ini berjangkit,” katanya.
Jelas Dr Sim, masyarakat perlu memahami tujuan utama kerajaan negeri menggesa pengambilan vaksin termasuk kanak-kanak.
Perluasan program vaksinasi dan tindakan tegas Sarawak dalam melaksanakan prosedur operasi standar (SOP) COVID-19 adalah relevan dengan keupayaan fasiliti kesihatan yang terhad di negeri itu.
“di Sarawak, tidak kira berapa banyak hospital medan yang kita bina, kita tidak akan mempunyai fasiliti kesihatan sebanyak yang dibina di semenanjung Malaysia, kerana itu kita sangat memahami situasi ini.
"Seperti menutup secara perlahan-lahan paip air, kita dengan segera menutup semua cabang yang menyumbang kepada jangkitan berlaku.
"Oleh kerana ini juga, vaksinasi melibatkan kanak-kanak ini dipertimbangkan untuk dilaksanakan dengan segera,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi Media oleh Persatuan-persatuan Cina Bersekutu bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Sarawak pada Selasa.
Terdahulu Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, PICKids akan dilancarkan pada 3 Februari depan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
BACA: Pemberian vaksinasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula Februari
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa yang sama mensasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga 11 tahun dalam sistem pendidikan diberikan dos pertama vaksin Pfizer dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan.
Astro Awani
Wed Jan 26 2022

Jelas Dr Sim, masyarakat perlu memahami tujuan utama kerajaan negeri menggesa pengambilan vaksin termasuk kanak-kanak. - Astro AWANI

Kerajaan NS, syarikat swasta laksana kerja dalamkan sungai atasi banjir
Kerajaan Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan syarikat swasta dalam menyegerakan kerja membersih dan mendalamkan sungai bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di negeri ini.

Pindaan Akta 716 dikuatkuasakan Julai ini - KP Perhilitan
Pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kekurangan bekalan: Ada peniaga jual ayam melebihi harga siling
Kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

AWANI Ringkas: Dr Adham Baba sedia beri kerjasama kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sistem kesihatan Malaysia dapat markah tinggi menerusi inisiatif #GlobalSurgery
Pencapaian itu dikongsi Dr Kee B Park, individu bertanggungjawab di sebalik gerakan itu di laman Twitternya pada Rabu.

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Singapura rampas komponen, rokok elektronik bernilai lebih S$130,000
Cubaan menyeludup 8,520 keping pod isian semula rokok elektronik ke Singapura melalui lori pengangkut konkrit pratuang.

Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan
Hakim menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Aktivis wanita menangis teresak-esak mengaku salah buat hantaran jelik
Seorang aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam lama profil FBnya.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Sistem kesihatan Malaysia dapat markah tinggi menerusi inisiatif #GlobalSurgery
Pencapaian itu dikongsi Dr Kee B Park, individu bertanggungjawab di sebalik gerakan itu di laman Twitternya pada Rabu.

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Dr Adham sedia beri kerjasama kepada SPRM siasat isu perolehan COVID-19
Semasa pandemik banyak proses pemerolehan tidak melalui prosedur biasa dan terdapat kekeliruan dalam melaksanakan perkara itu.

Vaksin COVID-19: Lebih sejuta kanak-kanak lengkap suntikan
Sebanyak 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

WEF 2022: Selesaikan krisis sekuriti makanan, sekali dengan perubahan iklim
Krisis di Ukraine menjadi ancaman lebih besar kepada unjuran sekuriti makanan global yang sedia ada sudah bermasalah.

SPRM siasat perolehan berkaitan COVID-19 - Azam Baki
Azam berkata, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

COVID-19: Lebih 22.9 juta golongan dewasa kini lengkap divaksin
Sebanyak 22,972,947 atau 97.6 peratus golongan dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, setakat semalam.

PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon
Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.

COVID-19: 1,544 kes baharu, dua kematian direkod
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu setakat tengah malam tadi.

Vaksin COVID-19: Pfizer didapati selamat untuk kanak-kanak bawah 5 tahun
Berdasarkan ujian klinikal terbaharu, keberkesanan vaksin bagi tiga dos adalah pada kadar 80.3 peratus.