awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 Rusia agak 'luar biasa' - Pakar

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
12/08/2020
08:07 MYT
Vaksin COVID-19 Rusia agak 'luar biasa' - Pakar
Menurut Dr Marlina, tiada rekod atau dokumentasi saintifik dikeluarkan negara tersebut dalam penghasilan vaksin berkenaan. - Bernama
Penghasilan vaksin COVID-19 seperti mana yang diumumkan Rusia pada Selasa disifatkan sebagai agak luar biasa.
Itu pandangan Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Marlina Osman.
Hal ini kerana, menurut Dr Marlina, tiada rekod atau dokumentasi saintifik dikeluarkan negara tersebut dalam penghasilan vaksin berkenaan.
Tambahan pula, katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga tidak mempunyai maklumat atau data yang cukup untuk membuat kesimpulan mengenai vaksin itu.
"Melalui pengalaman sebelum ini, keadaan ini agak luar biasa kerana kebiasaannya akan ada dokumentasi saintifik sama ada dalam bentuk jurnal untuk dimaklumkan dari semasa ke semasa sehingga memperoleh vaksin yang benar-benar berkesan dan selamat untuk digunakan.
"Menurut laporan media barat dan berapa media antarabangsa, vaksin dihasilkan dengan menggunakan satu kaedah yang diguna pakai menerusi penghasilan (vaksin) HIV beberapa tahun lalu, tetapi ia menemui kegagalan.
"Kaedah itu agak skeptikal. Maka, adakah kaedah dibangunkan Rusia akan menghasilkan vaksin berkesan?" katanya ketika ditemui bual menerusi Buletin AWANI pada Rabu.
Selasa lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa negaranya berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan 'imunisasi stabil' bagi merawat jangkitan COVID-19.
Dalam pada itu, Dr Marlina berkata, jangka masa paling awal vaksin dapat dihasilkan adalah pada penghujung tahun ini.
"Kita dilihat tempoh masa vaksin yang dihasilkan Rusia amat berbeza dengan pengalaman yang dihasilkan negara yang pernah membangunkan vaksin sebelum ini.
"Apa yang berlaku di Rusia di luar jangkaan dan kalau hendak dibincang secara ilmiah agak sukar kerana tiada maklumat pengesahan boleh dibuat," ujarnya.
Untuk rekod, sehingga Julai lalu, WHO melaporkan hanya 136 vaksin sedang dalam peringkat pembangunan dan hanya 26 vaksin kini berada dalam peringkat ujian klinikal.
Berdasarkan senarai itu, WHO tidak menerima sebarang maklumat daripada Rusia.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kesihatan
#koronavirus
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#perubatan
#Rusia
#Sains
#vaksin COVID-19
#Vladimir Putin
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan