KUALA LUMPUR : Kelonggaran bersyarat bagi individu lengkap dua dos suntikan vaksin sedikit sebanyak membuka ruang kepada masyarakat untuk kembali menikmati kehidupan normal.
Premis makanan sudah pasti menjadi tumpuan orang ramai yang rindukan suasana makan di luar.
Kemudahan ini bukan hanya tertumpu kepada sektor makanan dan minuman, malah beberapa sektor lain turut diberikan kelonggaran sama.
Keadaan itu dalam masa sama turut membuatkan golongan peniaga menarik nafas lega untuk kembali bangkit meraih pendapatan berbanding hanya bergantung kepada jualan bawa pulang sebelum ini.
Pengusaha restoran ketika ini berdepan dilema; sama ada untuk memikirkan keuntungan semata-mata, atau tegas mengamalkan syarat kemasukan pelanggan.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar ibu kota mendapati pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan pelanggan berada di tahap terbaik.
Rata-rata pengusaha restoran yang ditemui mengakui bimbang sekiranya dikenakan kompaun, apatah lagi dalam situasi sektor makanan ke arah kembali beroperasi penuh.
Kelonggaran bersyarat diberikan terhadap mereka yang lengkap vaksinasi, bagaimanapun wujud juga pihak yang mencuba nasib untuk menerima manfaat sama.
Lain pula situasi berdasarkan tinjauan di sebuah pusat beli belah di sekitar Lembah Klang.
Menurut pengurus butik, Marfidayu Md Isa, sememangnya ada individu yang cuba memasuki premis pakaian meskipun sedar keadaan mereka yang masih belum memenuhi syarat.
“Ada yang tidak cukup vaksin cuba juga masuk, walaupun belum cukup 14 hari cuba juga nak masuk.
“Kita perlu pastikan semua orang penuhi syarat, sebab apa-apa tindakan, kedai yang berdepan kompaun,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Keadaan itu juga berlaku di salah sebuah premis makanan di pusat beli belah yang seolah-olah masih mempunyai mentaliti kebal daripada wabak.
Tindakan mereka lebih ke arah mencuba nasib, namun sikap tidak berkompromi pihak premis membuatkan cubaan mereka tidak berjaya.
Keadaan COVID-19 masih berada pada tahap yang genting, namun kelonggaran masih lagi diberikan kerajaan.
Matlamatnya cuma ingin memastikan kadar penularan dapat dikawal di samping memastikan masyarakat tidak tertekan berikutan sekatan aktiviti dan pergerakan yang berpanjangan.
Namun apa yang pasti, situasi berkenaan pasti sukar buat golongan yang bergelar antivaksin untuk menikmati kemudahan tersebut.
Mahu atau tidak, beginilah situasi norma baharu yang terpaksa didepani tatkala negara masih ditemani musuh yang tidak kelihatan.
Hilmi Malik
Tue Aug 31 2021

Tinjauan Astro AWANI di sekitar ibu kota mendapati pelaksanaan prosedur operasi standard bagi kemasukan pelanggan berada di tahap terbaik. - Gambar hiasan
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967439/41447416081652834038584_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP OPR tidak bebankan peminjam, beri manfaat kepada M40 - Tengku Zafrul #AWANInews

Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings
Agensi penarafan itu berkata kedudukan fiskal pasaran baru muncul adalah lebih berbeza berbanding sebelum pandemik.

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Orang/entiti berikut ditambah ke senarai, iaitu Sultan Pelaburan Malaysia, Pelaburan Terbuka dan Traders Fair Malaysia.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Malaysia dijangka catat pemulihan trafik penumpang udara 30 hingga 45 peratus daripada tahap sebelum pandemik
Trafik penumpang udara Malaysia tahun ini diunjurkan melonjak di antara 197 peratus dengan 347 peratus tahun ke tahun, mewakili 32.6 juta hingga 49 juta penumpang.

COVID-19: Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1
Jabatan Kesihatan Filipina pada Selasa mengesahkan penularan tempatan melibatkan kes subvarian Omicron BA.2.12.1.

HFMD: Segera bawa anak ke fasiliti kesihatan sekiranya bergejala
Ibu bapa diminta segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

COVID-19: "Situasi semakin baik, saya tak nampak muka KJ bimbang" - Muhyiddin
Laporan yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keadaan hospital awam tidak berdepan dengan tekanan yang serius.

12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19
Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,646,257 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.