awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, aktivis dan NGO jangan takutkan masyarakat - Khairy

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/02/2021
04:00 MYT
Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, aktivis dan NGO jangan takutkan masyarakat - Khairy
Khairy Jamaluddin menegaskan tiada mana-mana pihak yang dipaksa untuk menerima vaksin, termasuk golongan Orang Asli. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menegaskan tiada mana-mana pihak yang dipaksa untuk menerima vaksin, termasuk golongan Orang Asli.
Beliau berkata, dakwaan seorang aktivis mengatakan Orang Asli menerima paksaan dan bakal dijadikan sebagai ‘tikus makmal’ adalah tidak benar sama sekali.
“Ini tidak benar sama sekali.
"Tidak ada sesiapa yang dipaksa untuk terima vaksin COVID-19 kerana ia dijalankan secara sukarela.
"Saya harap aktivis tidak menakut-nakutkan mana mana masyarakat dengan kenyataan palsu.
“Golongan orang asli tak tersenarai dalam fasa pertama melainkan doktor atau frontliners. (Jika mereka berdaftar) akan ada dalam senarai kedua dan ketiga.
"Tak timbul langsung mana mana masyarakat dipaksa, dan saya harap NGO atau aktivis jangan takutkan mana mana pihak,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media sempena Program Simulasi Pemberian Vaksin COVID-19 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, hari ini.
Semalam Pengerusi Jaring Perkampungan Orang Asli Johor Dolah Tekoi mendakwa komuniti berkenaan bakal dijadikan penerima fasa pertama vaksin, dan akan dijadikan sebagai ‘tikus makmal’ untuk melihat kadar keberkesanan dos berkenaan.
Susulan dakwaan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan terus mengadakan sesi temu dengan komuniti berkenaan untuk mengelakkan sebarang penyebaran maklumat yang tidak benar.
Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pengerusikan telah menerima permohonan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memasukkan golongan guru berisiko tinggi sebagai penerima fasa pertama.
“Seramai 55,539 guru yang dikategorikan berisiko tinggi, yang mempunya co-morbidity (penyakit berjangkit).
“Kita akan usahakan untuk memasukan bilangan guru ini dalam fasa pertama … sebelum tarikh pembukaan sekolah kita akan usahakan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19
#tikus makmal
#tiada paksaan
#Khairy Jamaluddin
#Orang Asli
#Noor Hisham Abdullah
#penyakit berjangkit
#vaksin
#COVID-19
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan