Vaksin COVID-19: 50.1 peratus populasi Malaysia terima dos pertama

Astro Awani
Ogos 12, 2021 01:33 MYT
Dengan penambahan jumlah vaksin harian semalam, ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin dalam negara lebih 25.86 juta. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR : Lebih 50 peratus jumlah populasi dalam negara sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Sementara itu, 40.7 peratus atau lebih 9.51 juta individu daripada jumlah populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksin mereka setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), 16.34 juta individu atau 69.8 peratus populasi dewasa pula sudah menerima satu dos suntikan.
Ia selepas tambahan sejumlah 497,352 dos yang diberikan semalam.

Setakat semalam, 40% populasi dewasa Malaysia di seluruh negara telah menerima 2 dos vaksinasi. Terima kasih kerana mendapatkan perlindungan maksimum! Berikut adalah peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia sehingga 11 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/iJLUUZf6w6

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Daripada jumlah itu, 269,846 diberikan sebagai dos kedua manakala 227,506 dos pertama.
Selangor mencatatkan pemberian dos kedua harian tertinggi dengan lebih 84,912, diikuti Kuala Lumpur (44,613), Johor (32,405), Sabah (19,914), Sarawak (16,340) dan Pulau Pinang (12,942).

Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 11 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Cn3KVYKBZk

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan penambahan jumlah vaksin harian tersebut, ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin dalam negara adalah lebih 25.86 juta.
Ia sekali gus menyaksikan 50.1 peratus atau 16.34 juta individu jumlah populasi rakyat Malaysia menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 29.1 peratus atau 9.51 juta individu populasi melengkapkan vaksinasi mereka.

Separuh daripada keseluruhan populasi Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi. Satu langkah ke hadapan untuk mencapai perlindungan yang dikehendaki. Berikut adalah laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 11 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/SwlViiVIrf

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #dos kedua #dos pertama #rakyat Malaysia #bekalan vaksin #JKJAV